Thursday, 21 April 2016

KSL Resort Hotel & Service Apartment, Johor Bahru

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Akhir-akhir ni terasa amat malas. Nak buat kerja malas. Nak update blog malas. Nak masak malas. Entah hape-hape la perangai di musim panas ni. Hehehe. Salahkan cuaca pulak ye ^_^

Ambik semangat update blog kejap. Pastu sambung settle kan kerja office pula.

Tarik nafas… hemboosss… ok. Jom! =D

Hari ni nak cerita pasal hotel kami menginap masa gi JB bulan lepas. 2 minggu berturut-turut kami ke sana. Maknanya 2 hotel lah kami menginap.

KSL Resort ni tempat kami bermalam semasa ikut Encik Suami out station ke JB. Sebenarnya KSL Resort ni ada hotel dan service apartment. Disebabkan ada kesilapan komunikasi, kami termenginap di service apartment dan bukannya di hotel. Tak ada lah masalah besar sangat sebab sebelah menyebelah je pon. Lagi pun waktu kami sampai tu dah lewat malam, jadi tak nak banyak songeh, duduk je la service apartment tu.

Service apartment di KSL Resort ni agak baru. Apartment nya agak besar. Kami ambil service apartment 2 bilik. Semua bilik termasuk ruang tamu ada aircond. Ruang tamu, ruang makan dan dapur juga luas. Dapur dilengkapi dengan set pinggan mangkuk dan alat memasak yang basic. Jadi, kalau setakat nak masak sikit-sikit tu bolehlah. Kalau beria sangat tu, kuali dan periuk besor xde la pulak ^_^

Harga sewa service apartment 2 bilik ni RM298 satu malam. Kalau bawa ramai ahli keluarga memang berbaloi la kot. Sebab banyak ruang yang boleh di utilize. Kat dapur tu pun boleh la bergolek dua tiga kali =p

Cuma masa kami menginap di situ, agak frust la sedikit sebab wifi xde dalam bilik. Ada di lobby sahaja. Mungkin sebab baru lagi kot. X sempat nak pasang ke apa ke. X sure la pulak. Masuk bilik, aircond ruang tamu pula rosak. Nak minta tukar bilik, dah tengah malam. X larat nak angkut barang turun semula. 

Masa tu xde luggage service/ concierge nak tolong angkut beg turun sebab dah tengah malam. Seorang je staff yang bertugas di tengah malam tu. Dialah tukang register, dialah concierge, dia lah juga yang entertain calls dan sebagainya. Sempot jugaklah tengok mamat tu sengsorang buat kerja. Pihak hotel nak cut cost kot ^__^

Sebab x nak susahkan dia, kami redho je lah xde air cond kat ruang tamu tu. Sebagai penyelesaian, kami buka aircond dua-dua bilik dan biarkan pintu bilik terbuka. Jadi, xde la panas sangatkan. Lagipun ruang makan ada kipas. Tak de la berkuap sangat.

Satu lagi yang kurang berpuas hati kat service apartment ni adalah tiada telefon yang disediakan untuk call service counter. Apa yang ada adalah senarai no telefon untuk dihubungi sahaja. Sila guna telefon sendiri untuk sebarang pertanyaan dan permintaan -____-

Room service juga hanya akan datang buat kerja-kerja pembersihan selepas hari ke tiga penginapan =( Kalau duduk less than 3 days, memang xde room service la ye.

Hmmm… Personally Kak Tam rasa banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh pihak KSL Resort untuk service apartment mereka ni. Bilik dah menarik dah. Tapi kalau yang lain-lain perkhidmatan tip top, memang tak serik la orang nak datang berkunjung lagi kan.

OK. Kita cerita the best part pasal KSL Resort ni pulak. Orang kata save the best for the last. Hehehe

Ini antara sebab kenapa kami pilih nak duduk di KSL Resort ni sebenarnya. KSL Resort ada taman tema air sendiri untuk tetamu-tetamu yang menginap di hotel dan di service apartment mereka. Yang lagi best, ada dinosaur kat situ dan masuk adalah percuma. Kak Tam tak pasti pulak taman tema air ini dibuka untuk public atau tak. Rasanya limited to KSL customers only. Sebab kalau buka untuk public, mesti dah penuh dah swimming pool kat situ =D


Ok, jom tengok gambar. 

Besar kawasan kolam ni. Puas hati la mandi-manda :)

Nampak tak dinosour berkeliaran?

Seronok Khalis. Mandi dah x ingat orang lain dah.


Dinosour ni bergerak sebenarnya. Ekor dia boleh goyang-goyang.
Mulut ternganga & then tertutup. Pastu ada la bunyi ngauman yang kuat
memenuhi seluruh kawasan kolam tu =D

Excited memasing tengok dinosour. Kalau boleh nak panjat tu.

Dinosour menyerang JB!!!! Larikkk.!!!!

Berapa kali peace daa

Anak dinosour???

Jom kita tengok dinosour kat sana pulak!
Hmmm.... Jenuh mama jadi photographer x berbayar ni.

Adeh! x sempat snap dah lari nak ke dinosur lain plak. Pening2 ^_^

Kat tepi-tepi dinding sekeliling taman tema air di ada informasi pasal dinosour. 

Sejuk dah. Gigil.

Peace yo!!!
Banyak lagi gambar, tapi cukup la yang ni je tepek kat sini. x larat nak sorting. Hehehe

Kolam renang kat sini kedalamannya semua di tahap anak-anak je. Adalah takat peha Kak Tam ni. Tak adalah risau sangat anak-anak nak mandi tu. Orang dewasa boleh je mandi-manda kat sini. In fact, ramai je yang dewasa pun mandi manda sekali. Bukan mak ayah yang meneman je. Semua peringkat umur lah yang terjun dalam kolam ni. Cuma tak boleh terjun tiruk je la ^_^

Kolam biasa untuk orang dewasa ada juga disediakan. Cuma xde la dinosour kat kolam dewasa tu. Hehehe

Anak-anak memang teruja sangat dengan dinosour-dinosour kat situ. Lagi-lagilah bila time dinosur tu bergerak dan mengaum. Kagum kejap okeh =P

Hari-hari pagi petang turun mandi kolam. Nasib la duduk 2 hari je. Kalau tak, mau demam kalau hari-hari berendam.

Hari last sebelum check out anak-anak mandi belah pagi selepas sarapan. x lama pun, dalam sejam je. Pastu naik bilik dan bersiap-siap untuk check-out. Rupa-rupanya, setiap hari minggu akan ada seekor maskot dinosour yang berkeliaran dekat kawasan kolam tu. Gagah la mamat yang pakai maskot dinosour tu panas-panas gitu ^_^. Sebab maskot tu nampak sangat real dari segi rupa bentuknya. Anak-anak frust  sebab dapat tengok dari atas kat bilik je. Dah naik, x kan la nak turun balik semata-mata nak salam ngan maskot dinosour tu kot. Lain kali la nak ye ;D

Satu lagi yang menarik di KSL Resort ni adalah hotel dan service apartment attach dengan shopping kompleks. Turun kat lobi, dah boleh g shopping kompleks. Jadi, xde la risau nak cari makanan ke, nak beli barang ke. Standard shopping kompleks, tempat makan macam KFC, Chicken Rice Shop, food court, semua tu ada. Ada juga tempat shopping groceries. Jadi, kalau g kerja dan tinggal kan anak bini kat hotel tu xde la risau lapar ke, boring ke. Ada la tempat melepak window shopping sementara tunggu Encik Suami balik. Bawak budak-budak ni, memang confirm kena pow beli mainan -___-

OK. Itu je hotel review kali ini. Boleh lah kalau nak ke sini sekali lagi. Seronok jugak taman tema air diorang ni. Cuma diharapkan kekurangan-kekurangan yang diceritakan kat atas tu dapatlah ditambah baik supaya orang tak serik nak datang lagi pada masa akan datang (bajet-bajet management hotel tu baca review ni la kan ^___^)

Tunggu review next hotel pulak ye =D

Monday, 18 April 2016

Jalan-Jalan Ke JB (Johor Bahru)

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.
 
Lama dah tak update blog. Banyak kejadian, tapi tak berkesempatan nak menulis. Hari ni curi masa sekejap untuk menulis barang dua tiga rangkap cerita :P
 
Cuti sekolah yang lalu merupakan “cuti sekolah” pertama untuk family kami. Sebab Abang Khalis dah sekolah kan. Kalau tak, biasa tu cuti sekolah tak rasa sangat sebab anak-anak masih tetap dihantar ke nursery seperti biasa.
 
Since Abang Khalis cuti, makanya Kak Tam dan Encik Suami pun merancang la nak pergi bercuti. Memula tu ingat nak amik cuti dan habiskan masa kat kampong halaman Kak Tam di Batu Pahat, Johor je. Konon-konon nak save badget dengan bersiar-siar sekitar kampong halaman. Lagipun memang dah lama tak amik cuti lama dan berehat di kampong.
 
Selalu tu kalau balik kampong, hari minggu je. Pastu rushing nak balik Bangi. Rasa tak puas.
 
Elok dah amik cuti, tetiba Encik Suami kena out station la pulak. Tapi ke Pasir Gudang je. So masih ok la. Jadi, tukar plan. Ikut Encik Suami Ke pasir Gudang dulu, then baru balik kampong.
 
Nak jadikan cerita, office Kak Tam pula merancang untuk pergi lawatan kerja ke Badan Kawal Selia Air, Johor pada hari Ahad minggu hadapannya. Hmmm… apalagi. Memang kena mengangkut la semua tentera kecil.
 
Jadi, dua minggu berturut-turut la kami sekeluarga berhujung minggu dan jalan-jalan di JB. Anak-anak suka la sebab dapat duduk hotel. And off course…. Dapat mandi kolam ^_^
 
Jujurnya… Kak Tam anak kelahiran Johor Darul Takzim. Tapi kan… bila dah dewasa ni boleh kira dengan jari berapa kali je pernah ke JB ni. Kali terakhir pergi ke sana pun tak ingat bila. Rasanya masa tengah mengandungkan Iman. Itu pun ikut Encik Suami kerja dan tak ke mana. Dok dalam hotel dua tiga hari… Pastu balik.
 
Kesiannya kan  -______-
 
Banyak ketinggalan pasal pembangunan Johor Bahru ni. Bukan tak tau langsung. Tapi dok dengar dan baca dalam paper atau FB je la tempat-tempat menarik di JB yang orang dok viralkan. Dah lama tak tengok dengan mata kepala sendiri.
 
Dulu-dulu masa kecik selalu ikut Tok Mak ke JB sebab rumah Pak Ngah kat Kampung Melayu Majidee tu je. Pok Su plak kat Skudai. Mok De kat Kota Tinggi, tapi biasanya on the way ke Kota Tinggi akan singgah dulu ke JB.
 
Ingat dulu-dulu kalau sesape nak ke JB, kalau orang kampong tanya nak gi mana, orang tak jawab nak gi JB tau. Orang jawab nak gi Johor. Padahal memang dah kat dalam Johor =P Entah la. Dah memang style orang Johor yang dok kampong camtu. Tapi boleh faham la kalau jawab nak ke Johor tu maknenya nak ke JB la tu.
 
Sejak-sejak JDT dan TMJ jadi glamer, tetiba terus berbangga jadi anak jati Johor (cehhh ^_^)
 
Jadi kesempatan yang ada digunakan sebaik mungkin untuk melihat sendiri pembangunan pesat di JB.
 
Serius!!!
 
Rasa macam rusa masuk kampong kot ^____^
 
Lain benor rasanya. Lagi la pulak masa sampai tu dah malam. Lagilah rasa macam… “aku kat mana ni? Betul ke kat JB ni”=D
 
Terus wasap Along…“Long, JB dah lain”. Hahahaha
 
Sebenarnya… adik beradik Kak Tam yang lain pun sama. Semua  memang dah lama ketinggalan pasal JB ni =P Kecuali Alang dan Hadi. Sebab dua-dua ni memang dok Johor dan bekerja kat JB. So, kami yang lain ni macam “peghakkk” la sket.
 
Dua minggu berturut-turut berhujung minggu di JB merupakan satu peluang yang di tunggu-tunggu. Memang datang untuk bekerja, tapi apa salahnya sambil menyelam minum air sampai kembong kan =P Boleh claim plak tu. Hehehe. Bukan selalu boleh merancang nak ke sini kalau xde keperluan.
 
Sempat la ronda-ronda memalam kat Bandar JB. Tengok lampu-lampu berwarna-warni cantik menghiasai tepi, tengah dan atas jalan. Merentasi atas kepala pun ada tau.  Macam light festival plak.
 
Singgah juga di Laman Mahkota di hadapan Istana Bukit Serene tempat di mana upacara Kemahkotaan Sultan Johor diadakan. Mahkota besar beb! Sangat cantik. Tempat-tempat ni cantik kalau pergi waktu malam sebab kalau siang tak ada lampu-lampu ni.  Replika mahkota tu ada juga di Batu Pahat. Tapi kecik la. Yg ni lagi besar diamond dia ^_^
 

Gambar dari Google. Memang cantik tempat ni malam-malam =)
 
Lalu juga di area bazar malam macam Uptown tu. Ramai jugak orang busking kat tepi-tepi jalan tu. Tapi tak singgah la sebab crowded sangat. Mana nak ngangkut anak-anak lagi J
 
Makan malam di Restoran Singgah Selalu. Katanya antara restoran yang famous jugak di JB. Konsepnya macam food court. Ada banyak gerai-gerai makanan lain dalam tu. So, banyak pilihan makanan la. Sangat suka sebab dapat makan otak-otak Johor. Lama dah tak makan otak-otak ni. Iman pun suka. Kena dengan tekak dia la tu.
 
Danga Bay dah pernah pergi suatu masa dulu (x ingat bila =P) Jadi tak singgah la. Lalu sahaja.
 
Banyak juga kawasan yang under construction. Katanya nak buat sungai ala-ala macam kat Melaka tu. Nanti ada river cruise katanya.
 
Lalu juga di JB Sentral. Kagum juga tengok stesen keretapi yang besar dan nampak gah. Jakun sekejap. Maklumlah, masa Kak Tam datang kecik-kecik dulu xde lagi benda alah ni =D
 
Masa ikut Encik Suami ni, kami takde beria sangat merayau-rayau kat JB. Sebab siang Encik Suami kerja. Malam je la yang sempat bersiar-siar kejap. Itu pun tak turun dari kereta. Amik gambar pun dari dalam kereta je. Park kat tepi jalan, amik gambar. Park lagi, ambik gambar lagi. Punyala pemalas. Hahaha. Sebab jalan lepas makan kan. Gitu la jadinya. Semua dah kenyang, tapi nak jugak jalan-jalan ^_^
 
Ujung minggu berikutnya, ikut working trip Kak Tam pula. Kali ini kami menginap dekat area Stulang Laut. Jadi dapat la tengok pagi-pagi ada satu kawasan kat tepi pantai tu yang dikhaskan untuk orang asli jual ikan-ikan fresh.
 
Hotel plak sebelah The Zone, Kompleks Bebas Cukai. Jalan-jalan kejap kat situ. Biasalah, kalau kawasan bebas cukai ni antara barang yang menarik adalah coklat. Itu je la kalau nak beli pun. Yang lain x ada yang menarik hati.
 
Bawa anak-anak makan tengah hari di KFC Stulang Laut. KFC yang menghadap ke laut. Memang cantik pemandangannya. Sebelum pergi tu tak perasan pun KFC ni. Tapi masa kat hotel tu anak-anak terperasan ada KFC kat tepi laut. Tu yang diorang excited ajak pergi.
 
Kak Tam sendiri berpeluang ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di Nusajaya atau dipanggil Kota Iskandar. Bangunan-bangunannya cantik.
 
Gambar Google gak ni. Tapi pejabat yang kami pergi tu kat sini la. Dan ambil gambar kenangan pun kat tangga ni jugak =D
 
Disebabkan lawatan kerja ni jugalah Kak Tam berkesempatan melawat Empangan Gunung Pulai yang dibina pada tahun 1924. Bukan sebarang orang yang dibenarkan masuk ke kawasan empangan ni tau. Pemandangannya sangat cantik. Sila tengok gambar ok.
 

Sultan Ibrahim Reservoir Built By the Municipal Commissioners of the Town of Singapore
Koleksi gambar dari phone cokia ^_^
 
 
Diorang kata ada buaya dalam ni. Sekor jek. Penjaga empangan katanya.
 

 
Alhamdulillah. Hajat untuk melihat-lihat negeri sendiri tercapai juga akhirnya. Walaupun jalan-jalan tu macam ‘cicah-cicah’ je dari satu tempat ke tempat yang lain, namun Kak Tam rasa puas hati. Sekurang-kurangnya Kak Tam dah lihat sendiri pembangunan dan kemajuan negeri kelahiran Kak Tam sendiri kan. Kalau orang tanya apa-apa pasal JB, boleh la jawab sikit-sikit =D
 
Nak pergi lagi tak tau bila ada kesempatan. InsyaAllah. Lain kali boleh bawa mak pula. Mak sendiri pun dah berkurun tak ke JB ni. Lagi-lagi la lepas Tok Mak  dan Tok Abah meninggal. Masa diorang ada, kalau turn Pak Ngah yang jaga, ada juga mak turun ke JB sesekali nak menjenguk Tok Mak dan Tok Abah.
 
Teringin nak pergi belah Mersing sana. Pantai dan pulau-pulau cantik-cantik belaka. Entah bila dapat pergi tak tau lah. Boleh la survey survey dulu. Bila-bila rasa nak jalan-jalan dan tak tau nak ke mana, boleh la buat ad hoc plan terus ke tempat yang teringin nak pergi tu. Biasa yang ad hoc ni menjadi saje  Yang plan lama-lama tu la biasanya tak menjadi kan ^___^
 
Ok. Dah decide dah. Tahun ni tahun melawat Johor Darul Takzim untuk kami sekeluarga. Yeayyy!!! =D


Monday, 14 March 2016

6 ETIKA MEMBAWA ANAK-ANAK MANDI KOLAM DI HOTEL-HOTEL ATAU KOLAM RENANG AWAM

Teks: Rahimah Binti Omar

Kolam Renang di Holiday Inn Melaka

Assalamualaikum wbt.

Cuti sekolah dah pun bermula. Ada rancangan nak bawa anak-anak berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia ke? Biasanya kalau bercuti bersama anak-anak, antara agenda utama yang selalu masuk dalam senarai adalah mandi kolam. Mesti nak cari hotel atau penginapan yang ada kolam renang kan. Tak pun bawa anak-anak mandi di kolam renang awam. Lagi-lagilah musim panas ni. Dapat main air sejam dua, alangkah seronoknya ^_^ Bukan anak-anak je yang suka, mak bapak pun kalau dapat join sekali dalam kolam tu…hmmmm… heaven kan. Hehehe

Kak Tam juga tak terlepas dari membawa anak-anak mandi kolam. Hujung minggu baru-baru ini kami sekeluarga mandi kolam di Hotel Averly, Putrajaya. Kebetulan, kakak Kak Tam dan adik menginap di sana, jadi kami pun menumpang kasih la sekali.

Mandi kolam dengan anak-anak memang seronok. Tetapi sebagai ibu bapa, ada etika dan adab yang perlu kita patuhi supaya kolam renang berkenaan dapat digunakan oleh orang seterusnya dalam keadaan yang bersih dan selesa, sama seperti sebelum kita mandi manda di situ. Nama pun kolam renang awam atau kolam renang hotel yang memang disediakan untuk public. Jadi, kenalah jaga sama-sama.

Dear parents. Please observe these 6 etiquette when you are at the public or hotels’ swimming pool.  

#1 Pakaikan anak-anak dengan pakaian mandi yang bersesuaian.

Bila sebut pakaian yang bersesuaian, bukan bermaksud perlu pakai swimming suit. Kalau pihak pengurusan kolam renang mensyaratkan supaya pakai swimming suit dan tidak membenarkan pakaian lain selain swimming suit, perlulah ikut. Tetapi yang lebih ditekankan di sini adalah yang “sesuai” dalam keadaan tidak berpakaian renang.

T-shirt gelap dan track suit adalah sesuai untuk anak-anak perempuan yang dah berumur 10 tahun ke atas. Bukan apa, biasanya di tahap umur sebegini semuanya sudah terbentuk. Banyak mata yang memandang jika pakai t-shirt putih atau cerah. Berkain juga tidak sesuai ye. Kembong kain tu bila masuk dalam air nanti ^_^

#2 Pastikan anak-anak dah buang air kecil sebelum masuk ke dalam kolam. Selalu juga berpesan-pesan kalau nak terkucil panggil mak atau ayah.

Yang ini selalu Kak Tam buat pada anak-anak. Sebelum pakaikan baju renang lagi dah suruh beratur masuk bilik air. Semua kena buang dulu apa-apa yang patut dibuang. Barulah selesa nak berenang. Mak ayah pun tenang =)

Sebelum terjun dalam kolam pun berkali-kali pesan dengan anak, kalau nak kencing sila keluar dan bagitau mama atau papa. Kencing di bilik air. Jangan kencing dalam kolam.

Nama pun anak-anak kan. Perlulah diingatkan dan dipesan berkali-kali. Kalau dah terjun dalam kolam tu mestilah rasa sejuk dan mudah je rasa nak terkucil.

Pernah dulu, tengah sedap-sedap main air, tiba-tiba anak menjerit “Mama, Yaya kencing”. Kuat pulak tu. Allahuakbar. Nak pengsan time tu juga rasanya. Sebab segan. Semua orang dah pandang-pandang. Agaknya dalam hati diorang kata “Cis!!! … anak aku mandi air kencing anak ko”…. @_@

Jadi, selepas peristiwa itu memang Kak Tam akan pastikan anak-anak siap-siap membuang dulu apa-apa yang patut dibuang. Plus, pesanan yang tak sudah-sudah sepanjang diorang mandi kat kolam (annoying nya Mama ni. Hahahah)

#3 Buka pampers anak sebelum masukkan/mandikan anak dalam kolam renang.

Biasa nampak mak ayah excited nak bawa baby mandi kolam kan. Ataupun anak-anak kecil yang masih pakai pampers? Biasalah tu. Anak Kak Tam pun masih pakai pampers juga. Tetapi, mak ayah, please lah …. Buka dulu pampers anak kecil tu sebelum celup mereka dalam kolam renang tu ye. Bukan apa. Bila anak masuk je dalam air dengan pampers, automatik segala najis yang ada dalam pampers tu akan ‘berenang’ keluar selari dengan arus perdana kolam berkenaan. Dan anak-anak yang lain dalam kolam tu pun dengan gembira berenang dan menyelam … ada kalanya siap tertelan air kolam berkenaan *___* 

Nampak tak. Betapa tidak hygiene nya -_____-

Kalau rasa nak bawa baby berenang dalam kolam, seeloknya sediakanlah pampers khusus untuk baby atau baby pants yang boleh digunakan untuk berenang. Yang ini biasanya anti-leaking.

Kalau tak mampu atau tak ada, boleh pakaikan pampers biasa yang bersih (maknanya belum poo poo lagi kat pampers tu). Tapi duduklah kat tepi-tepi kolam je. Main celup-celup kaki pun ok lah untuk baby kan.

Masa anak-anak kecik dulu, Kak Tam tak bawa baby berenang. Just main kat tepi-tepi je. Sebab risau juga abang kakak tertelan air kecing adik. Hehehe

#4 Buang pampers anak dalam tong sampah yang disediakan.

Dah buka pampers anak? Ok, tapi jangan lupa, pampers yang dah tak pakai tu, buangkan dalam tong sampah yang disediakan. Jika tiada tong sampah, simpan dan bawa balik untuk dibuang kemudian.

Apa yang diperhatikan, bila dah mandi, selamba je tinggalkan “burger” anak tu dekat tepi kolam. Kalau ramai yang bawak anak-anak kecil, maka banyaklah “burger” yang bertaburan. 

Ye ke ada orang buat macam tu? Iye… Hari tu last sekali balik dari kolam renang. Pelbagai jenama “burger” ada kat sekeliling kolam tu. Di manalah kesedaran sivik mak ayah ye =(

#5 Perhatikan anak-anak. Jangan biarkan anak-anak sendirian di kolam renang.

Biasanya, orang pergi bercuti bersama keluarga ni, tagline diorang adalah ‘Spend a quality time together’ :P Jadi, waktu mandi-manda di kolam juga sepatutnya dijadikan sebagai aktiviti bersama yang berkualiti serta menggembirakan.

Tetapi sebaliknya yang terjadi. Ada parents yang ‘hantar’ anak mandi kolam dan kemudian ke tempat lain. Ataupun, duduk di tepi kolam sambil main telefon. Duduk jauh pula tu. Kalau duduk ditepi kolam dan perhatikan anak tu ok la juga.

Pernah tengok anak sape ntah, mandi kolam siap bawa sabun. Boleh? Berbuih-buih air dalam kolam renang tu. Masa tu orang dah tak ramai. Hangin je tengok bebudak ni. Pusing keliling, tengok-tengok manalah mak ayah bebudak ni ye. Tapi rasa macam tak ada je. Sebab bila ditegur jangan main sabun dalam kolam, selamba je main lagi dan lagi. 

Lepas tu, ada juga anak-anak yang menyeberang ke tempat kolam renang dewasa yang lebih dalam tanpa pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.

Ibu bapa yang budiman. Selalulah perhatikan anak-anak di kolam renang. Bukan setakat perhatikan perangai mereka yang annoying yang boleh membuatkan pengguna lain rasa tidak selesa, tetapi juga atas faktor keselamatan. Kalau jadi apa-apa, jangan salahkan mana-mana pihak jika parents tu sendiri tiada di tempat kejadian.

#6 Jangan bawa makanan di tepi kolam.

Yang ini mungkin jarang-jarang berlaku sebab kebiasaannya pihak pengurusan hotel atau kolam renang awam awal-awal lagi melarang pengguna membawa makanan di kawasan kolam renang. Tetapi walaupun dilarang, ada juga yang curi-curi bawa makanan terutama makanan ringan.

Pernah tengok orang basuh tangan dalam kolam renang selepas makan? Ha, Kak Tam pernah. Sakit hati kan. Memanglah yang buat tu budak-budak. Tetapi di manalah mak ayah nya ye. Tak ajar ke anak basuh tangan di tempat yang sepatutnya. Lepas tu serdak-serdak makanan bersepah-sepah atas dan bawah kerusi rehat  tepi kolam tu.

Kolam renang hotel atau kolam renang awam adalah untuk kegunaan orang ramai. Jagalah kebersihan kawasan kolam renang. Jangan lakukan vandalisme. Sila hormati hak orang lain selepas anda untuk menggunakan kolam renang berkenaan dalam keadaan yang bersih dan selesa.



P/S: Semua di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Sebab selalu duduk main air di tepi kolam sambil menjadi pemerhati dan penonton sahaja. Sebab nak join mandi dengan anak-anak, terasa macam badak berendam pulak ;D Yela. Anak-anak mandi di kolam kanak-kanak. Kalau mama terjun sekali, memang habis air kolam terkeluar ^__________________^

Wednesday, 9 March 2016

RAWATAN AKAR GIGI @ ROOT CANAL TREATMENT

Teks: Rahimah Binti Omar

Sesungguhnya ... ini bukanlah senyumanku  ^_^
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. 
Syukur… Dah boleh senyum dengan lebar. Heheheh. 
Al maklumlah. Root Canal Treatment (RCT) dah selesai. 
Gigi dah cantik semula ^_^

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ini Kak Tam akan ceritakan sedikit mengenai RCT gigi geraham yang Kak Tam buat di Klinik Pergigian Azila, Bandar Baru Bangi. Rasanya ramai dah tahu mengenai RCT ni.

Secara amnya, RCT adalah rawatan untuk membaiki dan menyelamatkan gigi yang telah rosak teruk ataupun yang telah dijangkiti kuman. Semasa prosidur RCT ini, saraf gigi akan dimatikan, kemudian ia akan dicuci bersih dan ditampal kemas. Untuk penjelasan terperinci, boleh google ye. 
Takut salah maklumat la pula.

RCT di Klinik Pergigian Azila ini memerlukan 3 kali rawatan. 
Pertama untuk matikan akar/ saraf. Kali kedua, cuci dan x-ray dan yang kali ketiga untuk tampalan kekal. Kali pertama dan kedua akan diakhiri dengan tampalan sementara. Rasanya di klinik gigi yang lain pun macam tu juga. 
Tak tahulah pula kalau ada yang kurang dari 3 kali rawatan.

Alhamdulillah. 
Syukur sangat dipertemukan dengan Klinik Pergigian Azila ni. 
Bukan apa, perkhidmatan yang diberikan amat bagus. Sangat sesuai untuk akak-akak yang penakut nak jumpa dentist macam Kak Tam ni kan. Rawatan yang diberikan tidak sakit. Maksud Kak Tam tak sakit sampai tak boleh nak tanggung. Rasa ngilu sikit-sikit tu biasalah. Sakit sangat tu tak ada. Orang kata, boleh la relaks-relaks masa doctor tu korek-korek gigi korang. Boleh nyanyi-nyanyi lagi kalau nak. Tapi dalam hati je lah ye.  ^__^

First visit, prosedur untuk mematikan akar dijalankan. 
Rawatan tak mengambil masa yang lama. Sebab kalau ada baca entry Kak Tam yang lepas, doctor tu dah siap-siap korek gigi tu ngam-ngam dan dah ada tampalan sementara.  Ikut estimation yang diberikan oleh nurse kat situ, pada kebiasaannya rawatan pertama akan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Tetapi hari tu hanya lebih kurang 40 minit sahaja dah selesai semua sekali.

Takutnya, tak usah tanyalah. 
Tahap kecut perut. Semua doa dibacanya. 
Mengharap pada yang Satu .... moga-moga bila dah bayar mahal untuk RCT ni maka tak adalah rasa sakit atau ngilu yang tak boleh nak ditanggung.  Chewahhh :P

Dan Alhamdulillah, doa dimakbulkan. 
Tak ada rasa sakit walaupun ada rasa doctor tu cucuk-cucuk area saraf gigi tu.  

Mana taknya, dah bius siap-siap kan. Hehehe.

Sepanjang proses rawatan, Kak Tam pejam mata. 
Tak nak tengok peralatan-peralatan yang digunakan. 
Serammmm….heheheh.

Selesai rawatan pertama, Kak Tam pulang dengan rasa takut. 
Takut kalau malam-malam gigi ni berdenyut-denyut atau sakit yang tak boleh tahan. Tawakkal dan doa mengiringi kepulangan Kak Tam dari klinik gigi tersebut… Hahahah.. (poyo)

Rawatan kali kedua juga berjalan lancar. 
Rawatan kedua dibuat sekurang-kurangnya 5 hari selepas rawatan pertama. Pun dibius juga. Tak pasti doktor buat prosedur apa, tapi masih juga ada proses korek mengorek dalam gigi tu. Kali ini, doktor buat x-ray gigi untuk pastikan betul-betul saraf yang terlibat. Manalah tau, nampak dengan mata kasar ada 2 saraf. Sekali bila x-ray ada 3 saraf. Kan dah naya tu. 

Masa matikan akar tu, doctor memang bagitau, saraf gigi Kak Tam halus sangat. Cam x padan plak ngan orangnya yang besar dan tinggi galah ni kan ^_____^

Alhamdulillah, selesai rawatan kedua dengan rasa selesa dan tenang. 
Lebih tenang daripada rawatan pertama tapi rasa ngeri tu tetap ada.

Rawatan terakhir juga perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari selepas rawatan kedua. Kali ketiga ni tak ada bius lagi dah. Sebab doctor akan buat tampalan kekal. Agak takut jugalah.  Tapi syukur xde pape yang menakutkan atau menyakitkan.

Sehari selepas setiap rawatan, nurse klinik gigi ini akan call dan tanya keadaan pesakit. Nak cek la, ada sakit ke tak. Bengkak ke tak. Tanya juga mengenai perkhidmatan diorang. Bagus atau tidak. Disebabkan suka dengan rawatan RCT yang tidak menyakitkan, maka semua soalan mendapat jawapan yang baik-baik sahaja. Senyum lebar kakak nurse tu :)

Jumlah kos RCT di Klinik Pergigian Azila adalah RM995. 
Pecahannya, RM800 untuk RCT, RM45 untuk x-ray dan RM150 untuk tampalan kekal. Lima hinggit lagi cukup RM1000  -___- NANGESSS!!!

OK. 
Sedikit info yang dikongsikan oleh Dr Azila:

#1
RCT hanyalah salah satu bentuk rawatan bagi gigi yang masih boleh diselamatkan. Bila dan buat RCT, penjagaan gigi yang standard seperti memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, memfloss gigi dan membuat pemeriksaan berkala masih perlu dilakukakn. Kalau tak, gigi yang dah dibuat RCT pun boleh rosak semula.

#2
RCT sebenarnya tak menjamin gigi tu dah pun selamat selama-lamanya. 
Ada kemungkinan RCT tak menjadi dan berlaku infeksi pada gigi tersebut. Akhirnya, terpaksa juga dicabut gigi berkenaan. (hangusss RM995 kalau jadi gitu.. huhuhu)

#3
Bila tanya Dr kenapa ada orang buat RCT kata sakit sket, 
ada yang kata sakit sangat sampai malam tak boleh tidur sebab saraf gigi berdenyut-denyut, ada yang kata sengal-sengal biasa sahaja, ada juga yang kata tak sakit langsung. Dr kata selain daripada teknik atau kemahiran seseorang doktor membuat RCT, ia juga bergantung kepada individu itu sendiri. Sebab kalau saraf yang sensitive mungkin akan lebih terasa walaupun telah dibius. 

Jadinya...
janganlah terpengaruh sangat dengan cerita di atas ye. 
Manalah tau, esok-esok korang buat RCT sakit giler, 
pastu korang salahkan Kak Tam pulak buat cerita kata tak sakit :P 
Rezeki masing-masing dik. Kalau rasa sakit tu redho je lah ye.

Apapun, Alhamdulillah, dah pun selesai rawatan RCT ni. 
Duit boleh dicari, tapi gigi yang hilang xde ganti :P 
Alamat kena buat gigi palsu la jawapnya kalau tak buat RCT ni.

Kalau tiada kemampuan ke klinik gigi swasta, boleh je ke klinik gigi kerajaan. Service pun tak kurang juga hebat. Kadang-kadang di klinik kerajaan lagi banyak fasiliti yang disediakan. Jadi, anda masih ada pilihan kalau takde duit nak ke klinik gigi swasta. Takut sakit? Macam Kak Tam cakap tadi la. Ada orang mendapat pengalaman ngeri bila ke klinik gigi swasta. Bila ke klinik gigi kerajaan, semuanya jadi ok. Begitu juga sebaliknya. Jadi, atas rezeki masing-masing juga. Kalau dapat perkhidmatan yang baik. Bersyukurlah. Kalau tak dapat, tak perlu viralkan. Guna channel yang betul untuk membuat aduan. Eh??? Macam tolong promote klinik gigi kerajaan pula ye. Heheheh

OK. 
Cukuplah perkongsian kali ini.

Siapa-siapa yang kenal Kak Tam, 
pasni jangan la pelik tengok akak ni tersengih-sengih je ye. 
Gigi dah overhaul beb ^___________^


Thursday, 18 February 2016

KLINIK GIGI DR AZILA, BANDAR BARU BANGI

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama Kak Tam x menjengah klinik gigi, akhirnya minggu sudah terpaksa juga ke klinik gigi. Gara-gara gigi geraham dah kopak. Susah nak makan. Kalau terkena pada lubang, haruslah rasa ngilu yang amat… *_*

Sebenarnya gigi tu dah meragam lama dah. Dari tahun lepas. Hahaha… Punyalah lama bertangguh kan. Bajet-bajet gigi tu boleh baik sdr… or boleh tumbuh balik ker  -___-

Tahun lepas dah berkira-kira nak buat rawatan. Terfikir juga, kalau bertangguh, makin lama makin ‘cantik’ gigi aku ni… Silap-silap rongak terus ^_^.  Gagahkan diri, kuatkan semangat, pergilah juga ke klinik gigi di Seksyen 3, Bangi. 

Bila doctor check, dia cadangkan buat scalling dulu sebab karang gigi dah banyak dan tak nampak kawasan mana sebenarnya yang berlubang. Bila dah clear baru boleh buat tampalan. Masa ni, lubang tu x besar lagi. Makanan masih susah nak keluar masuk situ ^_^. 

Bila dah doctor tu cakap macam tu, buat jugalah scalling tu dulu. Pas dah buat, dia kata banyak darah keluar pulak dan x boleh buat tampalan hari tu. So kena datang hari lain. Kak Tam tak pastilah, ini sebenarnya prosedur biasa atau agenda doctor tu supaya dapat profit lebih hari tu. Hahahah… x baikkan.

Bila dah balik… hmmmm… susah la nak cari jalan ke klinik tu semula -___- sampai la hari berganti hari… bulan berganti bulan… dan masuklah tahun baru… heheheh

Last week, rasa macam dah tak tahan sebab dah tak dapat nak menikmati makanan dengan betul. Gara-gara gigi tu patah lagi sikit dan menjadikan lubang yang asalnya kecik dah menjadi semakin besar. Seronok la makanan semua lepak kat situ.

Terpaksalah kumpulkan semula semua semangat yang dah hilang tu…. dan dengan nekad dan semangat… sampailah akhirnya ke depan Klinik Dr Azila di Bandar Baru Bangi. Masa ni memang bajet dah tak boleh selamatkan gigi ni. Bajet-bajet nak kena cabut dah hari tu. Maklumlah, gigi tu dah hampir tinggal separuh kot. ¼ gigi dah patah. 

Tapi bila doctor check katanya gigi tu masih kuat dan kukuh. Cuma patah je. So, Dr Azila bagi 2 options. Sama ada cabut atau buat ratawan akar (root cannal treatment (RCT)). Sebelum kata putus diberi, Dr Azila explain dulu keadaan gigi Kak Tam macam mana. Kalau buat RCT tu macam mana. Berapa kos dan lain-lain. Kata dia, sayang kalau cabut…  dan disebabkan kata-kata beliau itulah Kak Tam akhirnya memutuskan untuk buat RCT walaupun dalam hati Tuhan je yang tahu betapa kecut perutnya nak menyerah diri untuk dikorek-korek giginya -___-

Tapi hari tu tak buat RCT lagi. Hanya buat tampal biasa dahulu. Sebab ada gigi lain juga yang ditampal pada hari tu. Jadi, macam x selesa la pulak nak buat semua dalam satu hari kan.  Buat tampalan sementara untuk gigi geraham yang bakal menjalani RCT tu juga merupakan satu proses yang mengerikan. Kak Tam kena bius dulu sebab gigi geraham yang patah tu dah pun ada tampalan asal. Tampal zaman sekolah menengah dulu. Punyalah lama. Jadi, Dr kena buang tampalan asal dulu, tampal dengan tampalan sementara, then barulah boleh buat RCT. Kena bius sebab nak buang tampalan lama tu prosesnya agak menyakitkan sebab kena korek betul-betul untuk pecahkan tampalan lama tu. 

Sepanjang proses, tak rasa sakit sebab dah bius, tapi ngerinya tak usah cakap lah. Macam-macam doa baca. Mengalahkan nak bersalin. In fact, segala zikir munajat, doa-doa mengurangkan sakit dan segala petua-petua semasa nak bersalin habis Kak Tam baca. Hahahaha…. Punyalah takut kan.  

Dia punya lega lah bila dah siap tu, Allah sahaja yang tahu. Macam rasa baby dah selamat dilahirkan je =p

Alhamdulillah. Yang penting selamat . Heheheh…

Kos untuk tampal 2 batang gigi geraham di Klinik Dr Azila ni RM120. Mahal ke? May be mahal sket kot. Tapi ini kos untuk buka tampalan lama dan buat tampalan baru sementara tau. Plus bius. Bukan tampal gigi biasa-biasa tu. So, personally Kak Tam rasa harganya ok. Reasonable la. Sebab pernah dengar orang tampal gigi 3 batang RM310.

Service pun bagus. Dr pun bagus dan cekap. Kak Tam suka sebab Dr Azila ni akan rekod keadaan semua gigi-gigi yang ada dalam mulut korang tu sebelum memulakan apa-apa prosedur. Pergi klinik yang sebelum tu, xde la pulak nak rekod bagai. Dr ni hanya buat apa yang kita nak buat. Tapi pada masa yang sama dia juga bagi nasihat apa yang terbaik. So, keputusan atas kitalah nak buat apa sebenarnya. 

Kos juga diberitahu awal-awal. Jadi, boleh la bajet. Kalau agak-agak tak cukup cash, klinik ni juga menerima Credit Card. Kos juga pada Kak Tam agak reasonable. Contohnya, RCT hingga selesai rawatan, kos adalah RM995. Kenapa Kak Tam kata reasonable? Sebab dah pernah survey sebelum tu. Rata-rata klinik gigi area Bandar Baru Bangi ni kos RCT adalah RM1k ke atas. Rate biasa RM1500 untuk sebatang gigi. Lebih dari tu pun ada. Kak Tam tak kata murah sebab pernah juga survey harga murah. Tapi tu klinik gigi dekat kampung la. Murah-murah pun tak kurang RM500 ye. 

Nak lagi murah, boleh ke klinik pergigian Kerajaan. Kemudahan yang ditawarkan pun tak kurang hebat juga tau. Dengan kos beberapa RM sahaja (x tau exactly berapa RM sebab tak pernah pergi, tapi kawan baru buat kat situ) boleh buat RCT juga. Kak Tam buat kat private pun sebab boleh claim kat company suami.

Ok, next entry pasal RCT … bila dah selesai dan dah boleh bergaya dengan gigi yang dah dibaik pulih^_^… Hahahah

Selamat gigiku… Kalau x, mau kena geng dengan orang-orang yang pakai Polident =P  

Peace :)