Tuesday, 29 September 2015

Salam Aidiladha

Teks: Rahimah binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Lama sudah Kak Tam tak update blog kusam Kak Tam ni. Kesian dia. Akhir-akhir ini Kak Tam agak sibuk. Di pejabat sibuk dengan kerja-kerja yang sememangnya tak kan habis. Kebetulan pula ada rakan sekerja yang sakit dan perlu MC lama. Jadi boleh dikatakan semua kerja-kerja kawan tadi Kak Tam kena cover. Letih juga sebab kerja sendiri pun x selesai, ini kan pula nak settlekan kerja orang lain. Tapi tak apalah. Kak Tam redha saje lah. Hari ini hari dia. Mana tau esok lusa Kak Tam pula yang perlukan bantuannya. Bila balik ke rumah, perlu uruskan anak-anak pula. Belum pukul 10 malam badan Kak Tam dah cukup letih dan minta berehat. Aduhai....

Aktiviti hujung minggu juga agak terhad. Tiada lagi bersiar-siar atau window shopping atau shopping di mana-mana pasaraya. Kerana sejak abah mertua sakit, hujung minggu kami memang akan balik ke kampung untuk teman dan bantu mak mertua apa-apa yang patut. Kasihan juga kat mak menguruskan abah seorang diri.

Time sibuk begini, Kak Tam lebih suka ambil approach buat apa yang Kak Tam larat dan mampu, ketepikan dulu mana-mana yang akan menimbulkan stress. Lagi-lagi ketika menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Memang rumah tidak sekemas mana, tidak secantik mana. Tapi Kak Tam perlu fokus pada yang lebih penting. Contohnya, masa yang ada Kak Tam lebih suka melayan dan bermain dengan anak-anak daripada duduk mengemas dapur yang sememangnya tak kan habis. Kemas yang asas dan yang penting sahaja.

Apa pun Kak Tam cuba sebaik mungkin untuk lunaskan semua tanggungjawab Kak Tam. Sebagai pekerja dan sebagai ibu kepada anak-anak Kak Tam. Hati ini tak berhenti mohon pada Allah semoga semua urusan harian dipermudahkan. 

Dalam kesibukan, Kak Tam sempat juga memasak beberapa jenis kek dengan pelbagai jenis teknik masakan seperti carrot cake, soufle cheese cake, kek marble dan kek kukus. Ini sajalah cara Kak Tam nak hilangkan stress. Buat apa yang kita suka. Plus, boleh juga menambah baking skill Kak Tam. Maklumlah, nak keluar berguru dengan mana-mana guru masakan memang x sempat dan tiada masa. Jadi, belajarlah sendiri pelan-pelan :)

Sempena Aidiladha tahun ini, Kak Tam mendoakan semoga semua ibadah korban yang kita semua telah laksanakan diterima oleh Allah Subhanahu Wataala. Kak Tam juga berdoa semoga Kak Tam dan suami dapat menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah haji sementara usia masih muda. InsyaAllah.

Salam Aidiladha dari Kak Tam sekeluarga ^_^ 

No comments:

Post a Comment