Assalamualaikum wbt.
Ini cerita bulan lepas. Pejabat Kak Tam mengadakan farewell party untuk sahabat yang akan berpindah ke jabatan lain. Agak sedih kerana kami kehilangan 2 officemate yang agak rapat.
Bukan meraikan pemergian mereka, tetapi majlis ini lebih kepada menghargai jasa dan pengalaman terakhir bersama sebelum mereka berkhidmat di tempat baru.
Kali ini bos belanja. Apa lagi, cik puan Netty Aziz bijak memilih restoran Nyanya Valley sebab tempatnya selesa dan agak privacy. Harga makanan? Letak tepi sebab bos belanja kan. Hehehe.
Restoran Nyonya Valley ini terletak di Cyberview Garden, Cyberjaya. Makanan yang dihidangkan adalah makanan tradisi baba nyonya atau peranakan. Personally Kak Tam rasa makanan yang dihidangkan sedap dan menepati citarasa Kak Tam. Ada pedas, manis, masam .... semua cukuplah. Tapi Kak Tam rasa bukan Kak Tam sorang je yang suka makanan di sini, yang lain pun sama. Ini terbukti bila semua makanan yang dihidang licin dimakan semua. Bajet2, bila duduk semeja ngan bos ni masing-masing makan ala kadar dan malu-malu. Rupanya, meja kami la yang habis licin dulu berbanding meja satu lagi. Hehehe.
Untuk majlis ini, cik puan Netty Azis menempah makanan seawal beberapa hari sebelum majlis. Untuk makan 20 orang, cik puan Netty Aziz tempah 2 set Set C. Antara menu dalam Set C ini ada tom yam ayam, siakap tiga rasa, sambal udang petai, mix vegi, kerabu mangga, deepfried tofu, deepfried enoki mushroom dan lain-lain. Harga set dalam RM 450.00++. Kali 2 set. Hehehe... Kira la sendiri ye berapa bos Kak Tam kena bayar untuk melampiaskan nafsu makan anak-anak buahnya. Hahaha. Takpe la. Sesekali tapau bos kan. Terima kasih bos ^_^
Untuk tempahan, boleh call restoran ini di no telefon 03-8320 2728. Boleh lawati wesite www.nyonyavalley.com. Boleh buat tempahan awal, survey dulu menu yang disediakan dan boleh kemukakan pertanyaan berhubung harga yang ditawarkan.
Jom tengok gambar-gambar sebelum dan selepas kejadian. Hehehe.
blog walking tadi ter come across pulak blog puan.. rasa mcm kenalll jee hehe 😊😊
ReplyDeleteHaah la. Macam sama kan rupa orang dalam gambar tu. haha
Delete