Monday 15 February 2016

ORANG LELAKI & MASAKAN MAK

Teks: Rahimah Binti Omar


Assalamualaikum wbt.

Cuti Tahun Baru Cina yang lepas Kak Tam sekeluarga balik ke Tanjung Malim, rumah mak mertua. Tak ke mana pun, duduk kat rumah je sebab pak mertua sakit dan kena tahan di Hospital Slim River. Adik-beradik suami pun semuanya balik. Jadi, aktiviti biasa bila dah kumpul reramai ni adalah makan-makan. Cuma kurang meriah sebab mak dan abah mertua takde sekali. Tapi makan tetap makan :)

Hari-hari, menantu-menantu ni dok sibuk pikir nak masak apa nak bagi anak-anak dan suami masing-masing makan. Memandangkan ada Kak Long (menantu perempuan sulong), semua aktiviti masak memasak di ketuai oleh beliau. Kak Tam dan ipar duai sorang lagi tolong potong-potong, masak yang simple-simple dan hidang makanan je la. Pendek cerita, kitorang makan air tangan Kak Long sepanjang kat kampung tu.

Satu hari, Aiman (adik ipar) komplen. Sup x sedap la, hanyir la. x macam mak masak la. x lalu makan la. Banyak pulak komplen dia =p Nasib la Kak Long dah balik masa tu. Kalau x kecik hati kakak tu.

Mak kata, orang lelaki memang macam tu. Dulu-dulu abah mertua pun macam tu jugak. Komplen mak masak x sedap, x sama macam mak dia masak. Abah suruh mak masak rendang sama macam mak dia masak. Suruh masak ikan masak tempoyak sama macam mak dia masak. Suruh masak itu dan ini sama macam mak dia masak. Tension mak ^_^ 

Tarik muka masam juga bila selalu kena tegur begitu. Macamlah kita ni x reti masak. Pada hal setiap kali balik kampung sebelah abah, mak juga yang ke dapur memasak itu ini. Laju je makan. Sedap la pulak. Xde komplen apa-apa pun. 

Kata mak, itulah dia orang lelaki. Air tangan maknya dah sebati dengan tekaknya. Kalau ada berubah sikit je pun, automatik rasa x sedap. Padahal ok je. Sama je resepi dan kaedah memasaknya. Bahan-bahan tak ada satu pun yang kurang. Tapi ada je silap si isteri yang memasak. Yang belum berkahwin, orang lain masak walaupun adik beradik perempuan sendiri pun akan jadi tak sedap macam mak sendiri masak.

Nak ubah tekak orang lelaki yang dah biasa dengan air tangan maknya memang susah. Bahkan orang perempuan, isteri terutamanya kena banyak bersabar. Masak macam mana sekalipun takkan jadi sama sebijik macam mak tu masak. Itu adalah perkara biasa. Tapi nak bagi tekak orang lelaki biasa dengan air tangan isteri memang susah. 

Mak kata, orang lelaki ni bukan tak boleh makan pun kalau tak sama rasa macam maknya masak. Makan juga, siap bertambah lagi nasi tu. Sedap la tu maknanya. Cuma tak nak mengaku. Dia x kata tak sedap. Dia cuma kata x sama macam mak dia masak. Hmmm. sudahnya, diam ajelah. Jangan dilayan sangat komplain suami tu. Kalau betul-betul tak sedap tu lain la cerita. Ini isunya hanya sebab tak sama macam mak dia masak. Itu je. Nampak simple, tapi boleh jadi gaduh besar tau kalau tak sabar.

Kak Tam juga x lepas dari isu ini masa mula-mula kawin tu. Ada juga encik suami komplain. Tapi alhamdulillah la suami Kak Tam jenis makan yang simple-simple je. Kak Tam masak je apa yang Kak Tam tahu. Yang mana memang masakan favaorite yang mak mertua selalu masak macam ayam masak susu, ikan masak tempoyak .... itu memang Kak Tam tak masak kat rumah. 

Lama-lama, bila suami dah biasakan tekak dengan air tangan Kak Tam, ada masakan kegemarannya hasil daripada air tangan Kak Tam sendiri. Ada juga yang hasil masakan mak mertua. Jadi, win-win situation la ^_^

Panjang sembang ngan mak mertua hari tu. Sekurang-kurangnya Kak Tam tahu la. Apa yang Kak Tam lalui adalah sama dengan yang mak mertua pernah lalui. ... dan berkemungkinan juga sama dengan apa yang isteri-isteri di luar sana pernah lalui. Jadi, bukanlah ia sesuatu yang tak normal kan.

Hmmm... sape kata sembang ngan mak mertua x best =p
  

2 comments:

  1. sama je semua lelaki (pompuan pun kot).. haha... yang sebenarnya air tangan ibu kita tu lah yang dah menyuap, mengenyangkan, membesarkan kita.. enzim2 kat tgn ibu dah sebati, dah sangat match dgn sel2 dlm badan kita. Pernah dulu (bukan abg din la :P) ada kawan sorang ni, mak dia masak la paling sedap di dunia, tp bila kita makan, biasa je.. sedap lagi mak kita masak.... seeeee... kalau bab air tangan ibu ni, air tangan chef pun kalah.. xyah banding2 la... cuma org lelaki kena appreciate sikitlah org rumah, kalau org rumah dah masak, sedap ke x, jangan lah banding2 ngan org lain.. at least dia ada effort nk kenyangkan perut awak.. kui kui kui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Kekadang tu xde la sedap mana pun. Tapi dah dia makan itu dari kecik sampai ke beso. Memang x pandang lain la. Kena didik anak-anak lelaki kita supaya appreciate masakan org lain jugak long. At least ajar diorg spy x komplen banyak. Heheheh

      Delete