Monday 14 March 2016

6 ETIKA MEMBAWA ANAK-ANAK MANDI KOLAM DI HOTEL-HOTEL ATAU KOLAM RENANG AWAM

Teks: Rahimah Binti Omar

Kolam Renang di Holiday Inn Melaka

Assalamualaikum wbt.

Cuti sekolah dah pun bermula. Ada rancangan nak bawa anak-anak berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia ke? Biasanya kalau bercuti bersama anak-anak, antara agenda utama yang selalu masuk dalam senarai adalah mandi kolam. Mesti nak cari hotel atau penginapan yang ada kolam renang kan. Tak pun bawa anak-anak mandi di kolam renang awam. Lagi-lagilah musim panas ni. Dapat main air sejam dua, alangkah seronoknya ^_^ Bukan anak-anak je yang suka, mak bapak pun kalau dapat join sekali dalam kolam tu…hmmmm… heaven kan. Hehehe

Kak Tam juga tak terlepas dari membawa anak-anak mandi kolam. Hujung minggu baru-baru ini kami sekeluarga mandi kolam di Hotel Averly, Putrajaya. Kebetulan, kakak Kak Tam dan adik menginap di sana, jadi kami pun menumpang kasih la sekali.

Mandi kolam dengan anak-anak memang seronok. Tetapi sebagai ibu bapa, ada etika dan adab yang perlu kita patuhi supaya kolam renang berkenaan dapat digunakan oleh orang seterusnya dalam keadaan yang bersih dan selesa, sama seperti sebelum kita mandi manda di situ. Nama pun kolam renang awam atau kolam renang hotel yang memang disediakan untuk public. Jadi, kenalah jaga sama-sama.

Dear parents. Please observe these 6 etiquette when you are at the public or hotels’ swimming pool.  

#1 Pakaikan anak-anak dengan pakaian mandi yang bersesuaian.

Bila sebut pakaian yang bersesuaian, bukan bermaksud perlu pakai swimming suit. Kalau pihak pengurusan kolam renang mensyaratkan supaya pakai swimming suit dan tidak membenarkan pakaian lain selain swimming suit, perlulah ikut. Tetapi yang lebih ditekankan di sini adalah yang “sesuai” dalam keadaan tidak berpakaian renang.

T-shirt gelap dan track suit adalah sesuai untuk anak-anak perempuan yang dah berumur 10 tahun ke atas. Bukan apa, biasanya di tahap umur sebegini semuanya sudah terbentuk. Banyak mata yang memandang jika pakai t-shirt putih atau cerah. Berkain juga tidak sesuai ye. Kembong kain tu bila masuk dalam air nanti ^_^

#2 Pastikan anak-anak dah buang air kecil sebelum masuk ke dalam kolam. Selalu juga berpesan-pesan kalau nak terkucil panggil mak atau ayah.

Yang ini selalu Kak Tam buat pada anak-anak. Sebelum pakaikan baju renang lagi dah suruh beratur masuk bilik air. Semua kena buang dulu apa-apa yang patut dibuang. Barulah selesa nak berenang. Mak ayah pun tenang =)

Sebelum terjun dalam kolam pun berkali-kali pesan dengan anak, kalau nak kencing sila keluar dan bagitau mama atau papa. Kencing di bilik air. Jangan kencing dalam kolam.

Nama pun anak-anak kan. Perlulah diingatkan dan dipesan berkali-kali. Kalau dah terjun dalam kolam tu mestilah rasa sejuk dan mudah je rasa nak terkucil.

Pernah dulu, tengah sedap-sedap main air, tiba-tiba anak menjerit “Mama, Yaya kencing”. Kuat pulak tu. Allahuakbar. Nak pengsan time tu juga rasanya. Sebab segan. Semua orang dah pandang-pandang. Agaknya dalam hati diorang kata “Cis!!! … anak aku mandi air kencing anak ko”…. @_@

Jadi, selepas peristiwa itu memang Kak Tam akan pastikan anak-anak siap-siap membuang dulu apa-apa yang patut dibuang. Plus, pesanan yang tak sudah-sudah sepanjang diorang mandi kat kolam (annoying nya Mama ni. Hahahah)

#3 Buka pampers anak sebelum masukkan/mandikan anak dalam kolam renang.

Biasa nampak mak ayah excited nak bawa baby mandi kolam kan. Ataupun anak-anak kecil yang masih pakai pampers? Biasalah tu. Anak Kak Tam pun masih pakai pampers juga. Tetapi, mak ayah, please lah …. Buka dulu pampers anak kecil tu sebelum celup mereka dalam kolam renang tu ye. Bukan apa. Bila anak masuk je dalam air dengan pampers, automatik segala najis yang ada dalam pampers tu akan ‘berenang’ keluar selari dengan arus perdana kolam berkenaan. Dan anak-anak yang lain dalam kolam tu pun dengan gembira berenang dan menyelam … ada kalanya siap tertelan air kolam berkenaan *___* 

Nampak tak. Betapa tidak hygiene nya -_____-

Kalau rasa nak bawa baby berenang dalam kolam, seeloknya sediakanlah pampers khusus untuk baby atau baby pants yang boleh digunakan untuk berenang. Yang ini biasanya anti-leaking.

Kalau tak mampu atau tak ada, boleh pakaikan pampers biasa yang bersih (maknanya belum poo poo lagi kat pampers tu). Tapi duduklah kat tepi-tepi kolam je. Main celup-celup kaki pun ok lah untuk baby kan.

Masa anak-anak kecik dulu, Kak Tam tak bawa baby berenang. Just main kat tepi-tepi je. Sebab risau juga abang kakak tertelan air kecing adik. Hehehe

#4 Buang pampers anak dalam tong sampah yang disediakan.

Dah buka pampers anak? Ok, tapi jangan lupa, pampers yang dah tak pakai tu, buangkan dalam tong sampah yang disediakan. Jika tiada tong sampah, simpan dan bawa balik untuk dibuang kemudian.

Apa yang diperhatikan, bila dah mandi, selamba je tinggalkan “burger” anak tu dekat tepi kolam. Kalau ramai yang bawak anak-anak kecil, maka banyaklah “burger” yang bertaburan. 

Ye ke ada orang buat macam tu? Iye… Hari tu last sekali balik dari kolam renang. Pelbagai jenama “burger” ada kat sekeliling kolam tu. Di manalah kesedaran sivik mak ayah ye =(

#5 Perhatikan anak-anak. Jangan biarkan anak-anak sendirian di kolam renang.

Biasanya, orang pergi bercuti bersama keluarga ni, tagline diorang adalah ‘Spend a quality time together’ :P Jadi, waktu mandi-manda di kolam juga sepatutnya dijadikan sebagai aktiviti bersama yang berkualiti serta menggembirakan.

Tetapi sebaliknya yang terjadi. Ada parents yang ‘hantar’ anak mandi kolam dan kemudian ke tempat lain. Ataupun, duduk di tepi kolam sambil main telefon. Duduk jauh pula tu. Kalau duduk ditepi kolam dan perhatikan anak tu ok la juga.

Pernah tengok anak sape ntah, mandi kolam siap bawa sabun. Boleh? Berbuih-buih air dalam kolam renang tu. Masa tu orang dah tak ramai. Hangin je tengok bebudak ni. Pusing keliling, tengok-tengok manalah mak ayah bebudak ni ye. Tapi rasa macam tak ada je. Sebab bila ditegur jangan main sabun dalam kolam, selamba je main lagi dan lagi. 

Lepas tu, ada juga anak-anak yang menyeberang ke tempat kolam renang dewasa yang lebih dalam tanpa pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.

Ibu bapa yang budiman. Selalulah perhatikan anak-anak di kolam renang. Bukan setakat perhatikan perangai mereka yang annoying yang boleh membuatkan pengguna lain rasa tidak selesa, tetapi juga atas faktor keselamatan. Kalau jadi apa-apa, jangan salahkan mana-mana pihak jika parents tu sendiri tiada di tempat kejadian.

#6 Jangan bawa makanan di tepi kolam.

Yang ini mungkin jarang-jarang berlaku sebab kebiasaannya pihak pengurusan hotel atau kolam renang awam awal-awal lagi melarang pengguna membawa makanan di kawasan kolam renang. Tetapi walaupun dilarang, ada juga yang curi-curi bawa makanan terutama makanan ringan.

Pernah tengok orang basuh tangan dalam kolam renang selepas makan? Ha, Kak Tam pernah. Sakit hati kan. Memanglah yang buat tu budak-budak. Tetapi di manalah mak ayah nya ye. Tak ajar ke anak basuh tangan di tempat yang sepatutnya. Lepas tu serdak-serdak makanan bersepah-sepah atas dan bawah kerusi rehat  tepi kolam tu.

Kolam renang hotel atau kolam renang awam adalah untuk kegunaan orang ramai. Jagalah kebersihan kawasan kolam renang. Jangan lakukan vandalisme. Sila hormati hak orang lain selepas anda untuk menggunakan kolam renang berkenaan dalam keadaan yang bersih dan selesa.



P/S: Semua di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Sebab selalu duduk main air di tepi kolam sambil menjadi pemerhati dan penonton sahaja. Sebab nak join mandi dengan anak-anak, terasa macam badak berendam pulak ;D Yela. Anak-anak mandi di kolam kanak-kanak. Kalau mama terjun sekali, memang habis air kolam terkeluar ^__________________^

2 comments: