Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Sudah masuk akhir bulan
Oktober.
Maknanya tahun 2016 hanya berbaki lebih kurang dua bulan saja lagi.
Cuti Awal Muharram hari tu Kak
Tam sekeluarga bercuti ke Melaka. Aishh… Cerita percutian ke Melaka kali ni
agak tidak seronok. Macam-macam dugaan. Percutian di akhiri pula dengan demam
kuat yang boleh dikatakan hampir separuh ahli keluarga belah suami termasuk Kak
Tam terkena demam ni. Tak tau apa puncanya, sama ada jangkitan kuman daripada
makanan atau air atau tempat percutian yang tak bersih atau lain-lain factor.
Bila jumpa doctor, benda-benda nilah yang ditanya. Teruk penangan demam kali ni
sampai flat 2 hari. Pendek cerita, Kak Tam malas lah nak story cerita-cerita
tak berapa nak indah ni. Biarlah ia berlalu tetapi menjadi pengajaran dan
pengalaman untuk kami sekeluarga.
Masuk bulan Oktober hari tu juga banyak
benda yang perlu Kak Tam dan suami uruskan. Haa… pasal apa la tu kan. Heheheh..
Sebenarnya kami dah berjaya mencari tenant untuk rumah kami di Bangi ni. Tenant
merangkap prospect buyer. Rasanya Kak Tam tak pernah cerita pasal kami plan nak
jual rumah. Tujuan asal nak jual rumah – nak pindah ke Kuantan supaya dapat
hidup sebagai suami isteri dan keluarga normal macam orang lain. Tak mau jadi
weekend spouse lagi dah kononnya. Kalau dapat jual, Kak Tam akan usahakan minta
pindah ke sana atau worse case, berhenti kerja. Itu kalau dapat juallah.
Alhamdulillah.
Akhir bulan
September hari tu ada seorang doctor ni datang nak tengok rumah. Dia interested
dengan rumah kami. Ada 2 tujuan – untuk dijadikan playschool dan untuk tempat
tinggal. Tapi disebabkan husband nya sekarang ni sedang dalam proses mencari
kerja, dia nak sewa dulu dan dalam tempoh sewaan sekiranya husband Kak Tam nak
jual rumah tu dia bersedia nak beli. Masa dia cakap setuju nak sewa tu pun rasa
dah syukur Alhamdulillah sangat-sangat.
Tapi….
Itulah… kita merancang.
Allah yang menentukan.
Dia lah sebaik-baik perancang.
Elok dah gembira, dapat pula
wasap dari encik suami mengkhabarkan berita yang berkemungkinan besar dia akan di
transfer ke oversea. Ke Iraq pula tu. Non-family package!!! For at least 3
years hokkayyy. Lagi jauhhhhh beribu batu la pulak =(
Pasal kena transfer ke oversea ni
cerita lama. Dah 2 bulan juga dikhabarkan. Tapi pilihan negara-negara yang kena
pergi masa tu semuanya family package. Jadinya bajet-bajet dapat la Kak Tam dan
anak-anak ikut sekali. Sekali tu bila dapat tau kena ke Iraq…. Hmmm…dah ke laut
semua plan. Guaner tu.
So, since dah ada orang yang
berminat dengan rumah tu, kami proceed je lah dengan plan baru iaitu – pindah
ke Putrajaya untuk memudahkan urusan Kak Tam bila encik Husband ke oversea
nanti. Kak Tam dekat sket dengan tempat kerja. Rumah kat Putrajaya? Ok. Yang tu
dah ada back up plan. Nanti pandai-pandai la kami cari. Hahahaha
So, aktiviti sepanjang bulan
Oktober ni…
of course la menyisih, menyusun, mengemas, menyapu, membuang,
segala-galanya lah sampai selesai. Part-part nak pindah ni lah paling pening n meletihkan. Kita tak
angkat pun. Mover yang tolong angkat nanti. Tapi part nak kemas ni bercinta.
Letih mengasing, menyusun, packing plak.
Sok dah masuk rumah nak unpack, susun
pulak lagi.
Itulah kerjanya. Nasib la labu. Redho je lah. Kata nak pindahkan.
Kenalah buat.
Ok lah. Panjang dah cerita.
Pasal
nak kemas rumah tu kita buat entry lain pula ye.
Kot boleh jadi panduan untuk
orang-orang yang nak pindah rumah nanti.
Apa pun, semoga di bulan Muharram yang
mulia ini,
Allah permudahkan semua urusan kami sekeluarga.
Walaupun
kadang-kadang rasa penat merancang itu ini,
akhirnya tak menjadi, tapi ia tidak
sekali-kali memudarkan impian kami sekeluarga untuk tinggal bersama di bawah
satu bumbung macam keluarga normal yang lain.
InsyaAllah,
suatu hari nanti
pasti akan termakbul.
Amin. Amin. Aminnnnn =)
Huwaaa...tak dapat ikut pi Iraq ke...sedih baca..tak pelah, perancangan Allah itu lebih baik untuk kita..Moga dipermudahkan segala urusan cik ima.
ReplyDelete