Assalamualaikum wbt.
Rumah belum siap kemas. Tapi dah teratur la
sket nak banding dua minggu sebelum ni =P
Tinggalkan dulu bab kemas rumah. Sekarang ni focus
pula pada misi mencari tadika dan taska untuk Yaya dan Echa.
Dalam Putrajaya ni banyak tadika dan
taska/nursery. Dari yang mahal sampai la yang ke murah. Murah pun dah tak
berapa nak murah sangat macam dulu-dulu. Yuran tadika kebanyakkan sudah
mencecah RM400 ke atas. Taska/nursery pula masih ada yuran antara RM300 – RM350.
Zaman sekarang ni, ape jelah yang
murahkan. Itu yuran bulanan. Belum lagi tengok yuran pendaftaran dan tahunan yang
ribu riban. Pening hakak nak mengira duit yang bakal dikeluarkan nanti.
Nak tak nak, kena juga cari tadika dan taska
baru untuk Yaya dan Echa. Nak berulang ke tadika dan taska lama di Bangi rasa
tak larat la pula. Sekurang-kurangnya perjalanan Yaya dan Echa ke sekolah
taklah jauh sangat.
Kak Tam survey di Presint 14. Memang target
nak cari di sekitar Presint 14 atau 15 sebab senang satu jalan nak hantar abang
Khalis dan Iman ke sekolah. Kat Presint 14 ni banyak tadika cuma tak banyak
yang ada tadika dan playschool atau taska sekali. Kebanyakannya asing. Kalau
boleh Kak Tam nak cari yang setempat. Senang hantar Yaya dan Echa sekali lalu
je.
Cari punya cari, jumpa satu tadika dan
playschool di bawah satu bumbung. Kebetulan playschool baru dibuka untuk tahun
2017. Buat appointment dan jumpa cikgu yang in-charge kat situ.
Tadika Rafflesia iSmart/ Tadika Rafflesia
Hana iSmart.
Tadika ni beralamat di No. 151 Jalan P14G, Presint 14, Putrajaya.
Dibuka untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Mulai tahun depan playschool
untuk anak-anak berusia 3 tahun juga akan dibuka. Bolehlah mendaftar sape-sape
yang berminat.
Kak Tam suka nak jumpa cikgu tadika tu
sendiri dan bercakap sendiri. Senang bila bersua muka ni bolehlah tanya
macam-macam. Kalau bercakap dalam telefon rasa tak puas dan kadang-kadang
terlupa point yang nak ditanya. Lagipun, kalau jumpa dapat juga tengok-tengok
keadaan tadika tu dengan mata sendiri. Kadang-kadang gambar di FB bukan main
gah. Tapi relaitinya tak seberapa. Jadi sebelum kita rasa ditipu, baik pergi
tengok sendiri baru puas hati kan.
Overall, Kak Tam berpuas hati dengan keadaan
tadika. Tadikanya bukan di rumah end lot. Tetapi design rumah di Putrajaya ni
ada laman masing-masing. Jadi ada lah aktiviti luar yang anak-anak boleh buat
di sekolah.
OK. Kita cerita part yang paling penting
iaitu yuran sekolah anak. Dalam banyak-banyak tadika yang akak survey ini
antara yang affordable. BUT STILL EXPENSIVE -___-
Jumlah yuran pendaftaran dan
tahunan untuk Yaya (6 tahun) adalah RM 975. Yuran ni tak termasuk yuran untuk
program lawatan sambil belajar, ihtifal, sport day dan sebagainya. Yuran ini
diasingkan dan perlu dibayar sekiranya parents membenarkan anak-anak menyertai
program yang dicadangkan. Kalau tak nak join, tak perlu bayar. Kadang-kadang
ada pertembungan waktu dengan event keluarga kan. Jadinya tak adalah isu
parents nak minta refund sebab x dapat join. Yuran bulanan RM480 sebulan
hokayyy. Ni kira sampai petang la. Kalau sampai tengah hari je hanya RM300
sebulan. Kira untuk transit tu RM180 sebulan.
Untuk Echa yang berumur 3 tahun, yuran
pendaftaran dan tahunan untuk playschool adalah RM585. Yuran bulanan pula RM340
(sehingga petang).
Yuran pendaftaran dan tahunan ni termasuk 2
pasang baju dan tudung untuk anak perempuan.
Program untuk anak-anak tadika lebih kurang sama
je dengan lain-lain tadika. Cuma di Tadika Rafflesia iSmart ni tak ada exam.
Yang ini Kak Tam suka =)
Untuk playschool, anak-anak akan didedahkan
dengan pembelajaran asas sahaja seperti mengenal huruf. Lain-lain program lebih
kepada bermain sambil belajar yang sesuai untuk anak-anak kecil ni.
Kat tadika ni ada 6 orang guru. Sekarang ni
ada 55 orang students. Ini tak tolak lagi yang akan naik darjah satu. Jadi,
boleh dikatakan secara purata seorang guru akan mengajar lebih kurang 10 orang
students.
Kak Tam berkenan juga dengan tadika ni. Tapi
masih x survey lagi tadika-tadika lain di sekitar Presint 14 tu. Nanti ada masa
boleh pergi survey lagi. Kot ada yang menawarkan harga lebih menarik kan.
Anak-anak nak sekolah, mak bapak berpeloh
ketiak memikirkan duit yang bakal mengalir laju. Huhuhu. Tak pelah.
Tanggungjawab mak bapak untuk bagi pendidikan pada anak-anak. Dah tak mampu nak
ajar sendiri, maka kena lah usaha untuk cari yang terbaik pada harga mampu
milik demi anak-anak tercinta =D
Okay, kita masukkan tadika ni dalam senarai.
Kalau nak tengok apa-apa maklumat bleh ke fb Tadika Rafflesia iSmart atau blog tadika atau emel ke rafflesia.ismart@gmail.com atau contact Teacher Nana di 016-5582774 untuk sebarang maklumat.
No comments:
Post a Comment