Teks: Rahimah Binti Omar
Assalamualaikum wbt.
Tahun ini Abang Khalis sudah mula belajar berpuasa. Pagi tadi Mama kejutkan Abang bangun sahur. Tapi liat sungguh la Abang nak bangun. Sudahnya pukul 6 baru bangun bersahur. Tak apalah. Alang-alang Abang tengah ada semangat nak berpuasa, Mama akan terus bagi sokongan.
Telefon Teacher Ain tengah hari tadi untuk tahu keadaan Abang berpuasa untuk pertama kalinya. Alhamdulillah, tak sangka Abang masih bertahan. Bertahan sebab masih ramai rakan sebaya yang teruskan berpuasa. Kalau semua makan, Mama confirm Abang pun akan makan sekali ^_^

Mula-mula Mama agak teragak-agak nak suruh Abang berpuasa. Sudah boleh berpuasa ke Abang ni? Rasa macam kecik lagi nak suruh berpuasa. Mama dulu pun mula
berpuasa pada umur 7 tahun iaitu semasa darjah satu. Atuk tak pernah paksa Mama
berpuasa. Bila Mama sudah bersedia, Mama sendiri yang minta untuk berpuasa. Itupun
bermula dengan separuh hari. Balik sekolah terus berbuka. Penat berjalan kaki
balik dari sekolah. Tak tertahan haus rasanya ^_^. Tapi atuk tak marah pun Mama
berbuka. Kata Atuk kalau tak larat berbukalah. Dan pada waktu itu, 2 hari
berpuasa separuh hari sudah dikira dapat puasa sehari. Dapat ganjaran tau. Ok
la tu. Hihihi.
Mama buat research sikit. Pada
usia bilakah anak-anak wajar diajar untuk berpuasa. 6 tahun? 7 tahun? Atau 8
tahun? Google juga panduan atau tips untuk galakkan anak-anak berpuasa secara istiqamah. Banyak juga tips-tips yang Mama dapat. Bukan sahaja bagaimana untuk
mengajak anak-anak berpuasa, tetapi juga untuk diri sendiri sebagai persediaan
untuk melatih anak-anak berpuasa.
Hasil kajian:
1. Tiada umur spesifik untuk menggalakkan anak-anak kecil mula berpuasa. Seawal 4 tahun juga boleh berpuasa sekiranya menggunakan kaedah pendekatan yang betul.
2. Bagi fahaman yang betul kepada anak-anak terlebih dahulu mengenai apa itu puasa, kenapa perlu berpuasa, kelebihan berpuasa dan fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan, ganjaran pahala bagi mereka yang berpuasa dan lain-lain perkara berkaitan. Tak faham semua tak apa, yang penting bagi faham perkara asas sahaja.
3. Apabila anak sudah faham yang asas, barulah boleh diajak berpuasa. Ajak ye, bukan arahkan anak berpuasa.
4. Kalau respon anak baik, bolehlah teruskan berpuasa. Kalau tak baik, boleh pujuk lagi tapi jangan paksa. Kalau tak nak, tak apalah. Maknanya tak bersedia lagi lah tu. Kalau dipaksa berpuasa juga, anak-anak akan rasa wajib berpuasa kerana ayah atau mak suruh dan bukan disebabkan kewajipan sebagai seorang Muslim.
5. Berikan anak-anak makanan yang berkhasiat dan seimbang ketika bersahur. Ini untuk memastikan anak-anak dapat menahan lapar dan kekal bertenaga.
6. Ajar puasa secara berperingkat. Pantau setiap jam bagi anak-anak yang baru pertama kali berpuasa untuk pastikan keadaan kesihatannya. Jangan sampai memudaratkan pula. Kalau anak tak boleh tahan, walaupun baru sejam dua berpuasa, suruhlah berbuka. Jangan dimarahi pula anak tu. Kalau dapat berpuasa penuh sehari baguslah. Tapi kalau tak boleh, tingkat waktu berpuasa sedikit demi sedikit di setiap hari sehinggalah boleh berpuasa penuh sehari.
7. Dapur adalah kawasan larangan. Kurangkan menonton tv. Ini bagi memastikan anak-anak kurang melihat makanan yang akhirnya boleh menggoyahkan puasa mereka. Ajak mereka buat aktiviti ringan yang menyeronokkan seperti membaca buku, main dam, puzzle, lego dan sebagainya.
8. Elakkan aktiviti luar yang boleh memenatkan. Bila banyak berpeluh, anak-anak secara automatik akan minta minum kerana kehausan. Aktiviti menyeronokkan masih boleh dibuat di dalam rumah.
9. Beri sokongan sentiasa. Beri kata-kata semangat. Layani kerenah mereka. InsyaAllah, bila dah biasa berpuasa hilanglah semua kerenah tu nanti.
10. Beri insentif atau ganjaran di atas kejayaannya berpuasa terutama yang berjaya berpuasa penuh. Ganjaran boleh diberikan dalam bentuk sajian berbuka puasa mengikut menu pilihan si anak yang telah berjaya berpuasa tadi atau ganjaran kewangan atau apa-apa yang dirasakan sesuai. Ada yang berpandangan ganjaran dalam bentuk kewangan tidak digalakkan kerana tidak patut wujud tawar menawar antara ibu bapa dan anak-anak. Yang ini terpulanglah pada diri masing-masing. Secara peribadi Mama rasa tak ada salahnya memberi ganjaran dalam bentuk wang sebagai galakan dan motivasi kepada anak-anak untuk terus berpuasa.
10. Ibu bapa perlu banyak bersabar. Orang dewasa pun liat nak disuruh berpuasa. Apatah lagi anak-anak. Ibubapa harus lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan supaya kekal bersemangat untuk memberi dorongan kepada anak-anak untuk berpuasa. Ibubapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik. Jangan tunjukkan yang anda letih sedangkan anak anda steady je ye =)
11. Istiqamah. Jangan hangat-hangat tahi ayam je memberi galakan kepada anak-anak untuk berpuasa. Minggu pertama ok, tapi masuk minggu kedua ibu bapa sudah mula malas nak monitor anak-anak berpuasa. Sudahnya, seminggu itu saja lah berpuasa. Jangan lupa, tahap keupayaan anak-anak adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang memerlukan pantauan yang minima. Apabila dah stabil dan rasa biasa berpuasa, maka hari-hari seterusnya akan jadi lebih mudah tanpa perlu pemantau rapi daripada ibu bapa. Tetapi ada juga anak-anak yang hari-hari perlu diberi kata semangat, hari-hari juga perlu dilayan kerenahnya. Dalam keadaan ini, bagi memastikan anak-anak anda berjaya berpuasa, anda sebagai ibu bapa juga perlu berusaha untuk kekal bersemangat.
Alhamdulillah. Banyak juga yang Mama belajar. Harap-harap Mama dapat amalkan semua ini untuk pastikan Abang Khalis berjaya berpuasa hingga ke akhir Ramadhan. Kalau Abang Khalis berjaya puasa penuh hari ini pun Mama sangat-sangat gembira nak oii. Apatah lagi puasa sebulan.
Hmmmm... Kena masak special untuk Abang Khalis petang ni nampaknya. Ok, masa untuk Mama google menu untuk berbuka puasa pula =)

*****************************************************************
Sumber:
Sumber:
- http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/agama/13755-cara-pujuk-anak-berpuasa.html
- http://vithebat.blogspot.com/2015/06/10-cara-melatih-anak-berpuasa-dengan.html
- Googles
No comments:
Post a Comment