Teks: Rahimah Binti Omar
Gambar: www.agoda.com
Assalamualaikum wbt.
The Zon All Suites Residences On The Park Hotel (The Zon) ini terletak di Jalan Ampang, KL berdekatan dengan KLCC. Jangan pelik kalau Kak Tam kata dah beberapa kali Kak Tam menginap di sini walaupun jarak KL ke Bangi tu hanyalah lebih kurang 30 minit sahaja :).
Menginap atas ehsan Encik Suami. Sesekali belanja isteri (boleh claim sebenarnya ^_^) dan anak-anak stay semalam dua di hotel untuk berehat-rehat dalam bilik yang cantik berkemas (ok, rumah akak bersepah ^_^).
The Zon All Suites Residences On The Park Hotel. |
The Zon ini antara hotel di KL yang Kak Tam suka. Kenapa? Ada banyak sebab. Kita cerita satu persatu ye.
Bilik
The Zon menyediakan apartment 1 bilik dan 2 bilik. Dua-dua jenis penginapan ini Kak Tam pernah duduk. Ada juga suites, tapi yang ini Kak Tam tak pernah merasa lagi.
Walaupun 1 bilik, tetapi apartmentnya luas. Cukup selesa untuk Kak Tam yang ada ramai anak kecil ni. Apatah lagi apartment 2 bilik. Berlari-lari saje la kejenya anak-anak Kak Tam.
Apartment di The Zon ini lengkap dengan ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur yang juga luas. Dapur yang disediakan agak lengkap dengan perkakas asas memasak. Jadi, kalau bawak bekalan untuk keluarga, bolehlah panas-panas kan lauk tu sebelum dihidangkan.
Setakat ini, Kak Tam sangat berpuas hati dengan bilik tidur yang disediakan. Masih ada ruang untuk Kak Tam bentangkan toto untuk anak-anak kecil bergolek-golek di bawah.
Hiasan dalamannya simple tetapi sedap mata memandang dan kemas. Kak Tam suka perabotnya yang simple dan diperbuat daripada kayu. Sekurang-kurangnya tidaklah Kak Tam risau pecah kalau anak-anak main ketuk-ketuk. Bukan apa, Kak Tam ni seriau sikit bila masuk bilik hotel yang menyediakan perabot mahal dari kaca/tampered glass yang berkilau-kilau. Mana nak bayo kalau pecah.
Ruang Tamu 1 Room Apartment |
Kitchen 1 Room Apartment |
Kitchen 2 Rooms Apartment |
Restoran & Makanan
Makanan yang disediakan di The Zon ini juga sedap dan menepati citarasa Kak Tam. Ini setakat pengalaman Kak Tam makan sarapan yang disediakan. Pelbagai jenis makanan yang disajikan. Daripada western food hinggalah ke makanan tempatan.
Ruang makan juga agak luas dan family friendly. Kak Tam kategorikan sebagai family friendly sebab set meja dan kerusi yang digunakan restoran ini adalah set yang sesuai untuk kegunaan sekeluarga termasuk anak-anak. Walaupun tak nampak glamour, tetapi sedap mata memandang. Kalau anak-anak makan bising dan ketuk-ketuk meja pun takde la risau meja pecah. Hehehe.
Kemudahan lain
Di The Zon ini ada kolam renang yang juga sesuai untuk anak-anak mandi-manda. Sememangnya ini adalah agenda wajib anak-anak sekiranya Kak Tam ke sini.
Lokasinya yang berdekatan (walking distance) dengan KLCC menjadikan The Zon antara tempat penginapan yang selalu menjadi pilihan pelancong tidak kira orang tempatan atau pelancong dari luar negara. Ia juga dikelilingi bangunan-bangunan perniagaan. Kemudahan pengangkutan awam seperti teksi, bas dan LRT juga mudah didapati di kawasan ini.
Harga
Bab harga Kak Tam tak boleh nak komen banyak sangat sebab Kak Tam duduk free. Encik Husband yang bayar pada kadar korporat (corporate rate). Biasanya tak sama dengan harga yang ditawarkan oleh pihak hotel bagi lain-lain kategori.
Tetapi, berdasarkan www.agoda.com, harga 1 room apartment di The Zon ini adalah antara RM190 hingga RM300 (++) manakala 2 rooms apartment antara RM350 hingga RM450, tertakluk kepada sebarang promosi, tawaran atau pakej istimewa yang dibuat oleh pihak hotel dari semasa ke semasa (macam iklan la pulak ^_^).
Personally, Kak Tam rasa harga yang ditawarkan adalah berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan. Untuk Kak Tam dan keluarga, The Zon antara hotel pilihan yang selesa untuk menginap jika ke Kuala Lumpur. Hotel lain memang banyak, tetapi untuk mencari yang selesa, terutama bagi Kak Tam yang mempunyai anak kecik berderet ini, The Zon adalah yang terbaik.
*** Hotel Review yang dibuat ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi Kak Tam. Tiada hidden agenda atau komisyen yang diterima daripada pihak hotel. Sekian terima kasih ^_^.***
No comments:
Post a Comment