Teks: Rahimah Binti Omar
Assalamualaikum wbt.
Esok semua umat Islam akan menyambut
bulan yang mulia, Ramadhan Al-Mubarak. Bersedia atau tidak, esok semua
diwajibkan berpuasa kecuali mereka yang uzur syarie. Alhamdulillah, bersyukur
ke hadrat Ilahi kerana Kak Tam masih lagi dipanjangkan usia untuk bertemu
dengan bulan yang penuh barakah ini.
Apa persediaan kita untuk
berpuasa?
Bagi ibu-ibu, mesti dalam kepala penuh tanda soalan nak masak apa
untuk bersahur dan berbuka puasa, esok nak makan apa, lusa menu apa pula. Yang
bujang-bujang pula sibuk meninjau-ninjau bazaar ramadhan yang ada disekitar
kawasan berdekatan. Yang anak-anak kecil pula, bagi mereka bila masuk bulan
ramdhan pastinya hari raya sudah dekat. Yang bapa-bapa pula, Kak Tam tak tahu
apa yang difikirkan ^_^
Apa pun,
yang paling penting
sebenarnya adakah kita bersedia untuk menambah amalan-amalan harian kita. Untuk
merebut pahala yang berlipat kali ganda, yang sememangnya tidak ada sepertinya
di bulan-bulan yang lain.
Adakah kita sudah ada perancangan berapa muka surat
Al-Quran yang akan dibaca setiap hari?
Berapa rakaat tarawikh yang akan
dilakukan setiap malam?
Surau atau masjid manakah kita nak beriktiqaf?
Berapa
banyakkah sedekah yang akan diberikan di sepanjang bulan Ramadhan ini?
Bagaimana pula dengan 10 malam terakhir?
Sejujurnya Kak Tam juga tidak
mempunyai perancangan yang terperinci mengenai aktiviti-aktiviti di sepanjang
bulan Ramadhan ini. Dek kerana kesibukan hal-hal dunia, hampir terlupa dengan
persediaan menghadapi bulan mulia ini. Tetapi masih belum terlewat. Masih ada
beberapa jam sebelum melangkah ke Ramadhan Al-Mubarak. Jom kita sama-sama
senaraikan amalan-amalan kebajikan yang kita hendak buat di sepanjang bulan ini.
Sekurang-kurangnya, jika tak dapat laksanakan semua, dapat buat sebahagian pun
Alhamdulillah.
Kak Tam ucapkan selamat berpuasa
kepada semua umat Islam sedunia. Semoga Ramadhan tahun ini tidak disia-siakan
dan lebih bermakna buat kita semua. Jangan lupa pertingkatkan amalan sunat dan banyakkan bersedekah. Semoga kita juga sama-sama
lebih sihat di bulan Ramdhan yang mulia ini. Amin =)
Salam Ramadhan Al-Mubarak!!!
No comments:
Post a Comment