Teks: Rahimah Binti Omar
Assalamualaikum wbt.
Minggu lepas Kak Tam diberi assignment oleh boss untuk menghadiri satu bengkel berkaitan dengan tugas rasmi Kak Tam bertempat di Palm Seremban Hotel. Bila tengok surat jemputan, dalam hati berkata tak pernah dengar nama hotel ni. Tak glamaour kot. Kat cerok mana lah letaknya ye. Ok ke tidak. Senang nak cari ke? Semuanya sebab Kak Tam perlu menginap di hotel ini untuk beberapa malam kerana bengkel diadakan sehingga malam.
Biasalah, Kak Tam ni old school sket. Orang guna GPS nak cari jalan, Kak Tam guna google maps ok. Siap print lagi. Hehehe...Tak apa lah. Asalkan boleh sampai dengan selamat dan tepat pada waktunya. Lagipun ke Seremban sahaja. Tak la jauh mana pun. Kalau sesat kita pusing balik dan cari sampai jumpa.
Alhamdulillah, mudah saja rupanya nak cari Palm Seremban Hotel ni. Terletak tidak jauh daripada tol Seremban/Labu. Landmark nya adalah Palm Mall. Bangunannya bersambung. Senang nak bershopping ^_^ Hotel ini juga berdekatan dengan Hospital KPJ Seremban.
Sumber: www.palmseremban.my |
Hotel ini mempunyai beberapa dewan dan discussion room sesuai untuk bengkel, seminar, mesyuarat atau majlis yang kecil. Untuk majlis besar, perlu contact pihak hotel untuk pertanyaan.
Biliknya selesa dan luas. Pada pandangan Kak Tam, hotel ini agak baru kerana kemudahan yang disediakan semuanya masih dalam keadaan yang elok dan cantik. Ruang biliknya yang luas sesuai bagi sesiapa yang nak bawa famili.
Makanan yang disediakan juga agak sedap. Kebetulan masa Kak Tam di sana, banyak even yang dianjurkan dan Dining Hall nya penuh ketika lunch.
Tarikan di Hotel ini adalah ia bersebelahan dan bersambung dengan shopping kompleks Seremban Mall. Senanglah sesiapa yang bershopping. Tempat makan juga banyak dalam shopping kompleks tu. Jadi, tak perlu la risau untuk keluar jauh cari makan.
Bagi yang menginap di Palm SerembanHotel, bolehlah ke Nilai 3 untuk mencari kain pasang atau kain langsir. Dah tak jauh dah tu :)
Harga bilik semalam? Yang ini, Kak Tam minta maaf banyak-banyak sebab bengkel yang Kak Tam pergi ini anjuran Jabatan. Jadi Kak Tam menginap for free sebab gomen bayo. Hehehe... Tetapi berdasarkan harga di agoda.com, harga satu malam bagi bilik deluxe adalah kurang RM200 termasuk sarapan (tertakluk kepada peak season). Pada pendapat Kak Tam, dengan harga di bawah RM200, bilik yang luas dan selesa serta makanan yang sedap, berbaloilah juga menginap di sini.
Kesimpulannya, kepada sesiapa yang mencari hotel untuk menginap di Seremban, bolehlah ke Palm Hotel Seremban ini. InsyaAllah puas hati.

No comments:
Post a Comment