Assalamualaikum wbt.
Minggu lepas, teacher anak-anak Kak Tam datang beraya. Kesian pula tetamu yang datang kalau tak dijamu. Dah la stok kuih raya rumah Kak Tam tahun ni limited dan dah habis dimakan pun. Jadi, Kak Tam siapkanlah juga juadah ringkas untuk jamu tetamu yang datang. Lagipun bukan selalu. Banyak pahala menghormati dan melayan tetamu tau.
Fikir punya fikir, akhirnya Kak Tam decide nak masak nasi impit, kuah kacang dan rendang daging. Memandangkan tetamu datang pada malam hari bekerja, maka sehari sebelumnya Kak Tam dah mula memasak, terutama rendang daging dan nasi impit. Sebab 2 ni je yang tahan lama :)
Yang lain-lain tu Kak Tam sediakan bahan-bahan dulu. Balik kerja boleh terus memasak.
Sambal Kacang antara favourite Kak Tam. Kalau makan nasi impit, mesti nak ada kuah atau sambal kacang ni. Lawan dengan kuah lontong pun sedap tau. Meleleh air liuq. Hehehe.
Ada 2 jenis sambal kacang. Satu untuk dimakan dengan rojak, satu lagi sesuai dimakan dengan sate atau nasi impit. Biasanya, sambal kacang untuk kuah rojak lebih mudah dan simple. Tapi yang satu lagi tu pun tak ada lah susah mana pun.
Resepi sambal kacang ni adalah resepi mak Kak Tam. Simple dan mudah. Petua nak bagi sedap, pertama bawang dan lada kering digoreng sebentar dan yang kedua, jangan letak "pak aji". Rasa sambal kacang akan berubah dan tak original kalau letak "pak aji". Memadai dengan letak garam dan gula secukup rasa.
Ok, jom kita tengok resepi mudah sambal kacang Kak Tam.
Bahan-bahan:
6 ulas bawang kecil
(gantikan dengan 1 biji bawang besar pun boleh)
5 ulas bawang putih
Segenggam cili kering
(kurang lebih, terpulang kepada tahap kepedasan yang anda suka)
Setengah kilo kacang tanah
Air asam jawa
Gula dan garam
Sebatang serai (letak boleh, x letak pun boleh, tapi kalau nak aroma kuah kacang yang sedap, letaklah ^_^)
Minyak masak secukupnya
Cara-cara:
- Kacang tanah yang telah dibasuh dan ditoskan digoreng sehingga garing. Hati-hati, jangan sampai hangit pula. Nanti kuah kacang rasa pahit. Kacang yang telah digoreng diblend atau ditumbuk hingga halus. Terpulang kepada tahap kehalusan yang diingini. Dah siap, asingkan.
- Bawang kecil/besar, bawang putih dan lada digoreng sebentar. Cukup sekadar layu. Kemudian blend.
- Panaskan minyak dalam kuali. Minyak jangan banyak sangat ye. Kemudian, tumiskan sebentar bawang kecil, bawang putih dan lada yang telah diblend tadi. Tak perlu sampai garing.
- Masukkan kacang hancur. Gaul rata.
- Letak sedikit air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan serai yang telah dititik.
- Kacau rata dengan api perlahan. Jangan sampai hangit di bahagian bawah periuk atau kuali ye. Kacau sehingga masak.
- Sedia untuk dihidang :)
Alhamdulillah. Dah siap satu resepi. Senang kan. Apalagi. Boleh la cuba lepas ni.
Ada sesetengah orang mencampurkan air daging sate ke dalam kuah kacang yang dimakan bersama sate untuk menyerlahkan lagi rasa kuah kacang tersebut. Untuk yang dimakan dengan rojak, tak perlu letak serai. Tapi kalau nak letak pun tak salah. Sedap juga :)
So, boleh cuba ye lepas ni.
Oh ye. Hari kejadian, Kak Tam terlebih rajin la pulak. So, sempat juga sediakan bihun goreng dan fruit cocktail untuk teachers menjamu selera. Seronok tengok cikgu-cikgu bujang ni makan. Semangat. Hehehe
Terima kasih teachers TCT kerana sudi datang bertandang ke rumah Kak Tam. Lain kali boleh datang lagi. Panjang umur, Kak Tam masak lagi.
Salam sayang dari Kak Tam ^_^
Rumah kami datang sarapan hari sabtu... nasi impit juga.. ngan kuah lontong & rendang ayam.. siap bawa budak 2 orang... hehe
ReplyDelete