Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, Mama panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa
di atas kurniaan kesihatan anak-anak Mama.
Cepatnya masa berlalu. Anak-anak semakin membesar. Masing-masing sudah menunjukkan kelebihan dan kecenderungan masing-masing. Masa ini adalah sangat penting untuk menggalakkan anak-anak buat apa yang mereka suka dan galakkan mereka berfikiran kreatif.
Abang Khalis suka melukis.
Kadang-kadang tak terjangkau dalam fikiran Mama Abang boleh melukis dan berkreatif macam tu. Lama dah menyimpan gambar-gambar lukisan Abang Khalis ni. Semuanya bermotifkan robot.
Transformers katanya. Cer tengok kaki dia. Siap ada gigi :) |
Motif lukisan: Rumah terbakar panggil bomba. |
Yang ini tak tau robot ape. |
Kanan tu robot dalam kotak sebelum dipasang. Pas dah pasang jadilah macam sebelah kiri tu. Hmmm... bijak anak mama. |
Rumi. |
Jawi. |
Senarai bahan-bahan nak buat kek. Mama sebut abang tulis ^_^ |
Yaya sangat lantang bersuara. Menjerit pun boleh tahan juga.
Dia juga sangat cepat menangkap apa-apa yang diajar.
Iman memang kurang kisah sangat pasal menulis dan melukis ni. Membaca apatah lagi. Skill iman adalah pada benda-benda yang teknikal seperti tanggalkan tayar kereta mainan dan cuba pasangkan balik. Kalau mengadap buku pun tak boleh lama-lama. Teacher pun selalu komplen, Iman kurang fokus dalam kelas. Lebih 15 minit dia mula la buat kerja lain. Hahaha.
Baby Echa pula dah banyak perkataan yang jelas disebut. Mulut pun dah semakin becok. Makan pulak tak berhenti. Sampai merening-rening perut tu. Setakat ni bab makan tu lah kelebihan Echa yang paling ketara. Hahahaha
Alhamdulillah. Senang hati Mama tengok anak-anak membesar dengan sihat. Mama harap Mama dapat terus bagi didikan yang terbaik untuk anak-anak Mama. Insyaallah.
From Mama with luv =) ♡♡♡
Alhamdulillah. Senang hati Mama tengok anak-anak membesar dengan sihat. Mama harap Mama dapat terus bagi didikan yang terbaik untuk anak-anak Mama. Insyaallah.
From Mama with luv =) ♡♡♡
No comments:
Post a Comment