Saturday, 22 August 2015

Mendorong Tingkah Laku Anak-Anak Dengan Menggunakan Teknik Nabi

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

2 hari lepas sahabat Kak Tam tag Kak Tam satu post di FB beliau. Antara status beliau:

4 rungutan para ibu yang sering kedengaran -

#1: Cakap lembut tapi anak tak nak dengar.
#2: Puas bebel tapi anak buat tak tahu.
#3: Asyik minta ganjaran itu dan ini baru nak dengar cakap.
#4: Lepas marah anak timbul rasa menyesal.

Bila Kak Tam baca, ada rasa sentap sket dalam hati. Allahuakbar! No. 1, 2 dan 4 memang kerap sangat berlaku. Walaupun Kak Tam cuba sehabis baik teknik-teknik bercakap dan berurusan dengan anak-anak, tapi banyak kali jugalah hilang sabar dan diakhiri dengan bebelan dan jeritan. Cuma tak bertukar jadi "hijau" je lagi ^_^. Apa pun Kak Tam cuba sehabis baik untuk tidak meninggikan suara atau menjerit pada anak-anak.

Hari ini Kak Tam tolong promote kan program yang diwar-warkan oleh sahabat Kak Tam tu. Kot ada yang berminat bolehlah joint. Yuran yang dikenakan juga berpatutan.

Kak Tam sebenarnya teruja nak joint program sebegini. Ada rasa iri hati dengan sahabat Kak Tam tu. Sentiasa berusaha untuk cari ilmu keibubapaan yang berasaskan quran dan sunnah. Bukan teknikal semata-mata. Lagipun memang benar, zaman sekarang ibubapa perlu ada ilmu untuk mendidik anak-anak sedari awal lagi. Selama ini hanya ceramah yang dianjurkan jabatan sahaja yang berkesempatan untuk Kak Tam pergi. Tapi kali ini terasa ingin keluar sedikit dari kebiasaan. 



Bengkel ini diadakan di Gombak. Mana-mana ibu bapa yang ada kelapangan, jomlah kita tambah ilmu. Nak cari ilmu parenting memang mudah. Klik klik internet je dah dapat. Tapi lain rasanya kalau dapat dengar sendiri dalam bengkel macam ni. Ada perkara yang x boleh disampaikan melalui penulisan, dapat dirungkai dan dikongsi bersama dalam bengkel sebegini.

Jadi, sesiapa yang berminat, bolehlah hububungi person in charge atau menerusi kaedah yang dinyatakan dalam poster di atas tu ye. Atau boleh cuba contact Puan Nurul Fauzana di fb beliau (nurul fauzana).

(*Dah dapat izin suami untuk joint bengkel ni. Tapi bila tanya sape nak jaga anak, sengih je dia. Hmmm. Kena cari baby sitter la nampak gayanya. Hehehe)

Salam sayang dari Kak Tam ^_^


No comments:

Post a Comment