Teks: Rahimah Binti Omar
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Hari ini sudah 3 Disember 2015. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan masuk ke tahun baru 2016. Cepatnya masa berlalu.
Bulan November dan Disember ini banyak urusan yang perlu Kak Tam uruskan. Dugaan dan ujian juga banyak yang mendatang. Malah, saat Kak Tam update blog ini pun Kak Tam berada di hospital menjaga si kecil Echa yang masih tidak sihat.
Kenapa? Echa masih belum sembuh sepenuhnya selepas menjalani pembedahan kerana left parotid abcess. Bahasa mudahnya bengkak pada sebelah kiri kelenjar air liur yang bernanah di dalamnya. Sudah masuk minggu kedua sebenarnya Echa di hospital. Nantilah. Bila dah keluar nanti Kak Tam akan cari kesempatan untuk mencatatkan sedikit maklumat mengenai left parotid abcess ini untuk dijadikan rujukan.
Tahun depan abang Khalis akan masuk tahun satu. Semua persiapan masuk sekolah belum lagi Kak Tam sediakan. Sebenarnya masih berbelah bahagi nak didaftarkan ke sekolah mana. Hehehe. Bukan ape. Last minit ada pula sekolah swasta yang baru dibuka berdekatan dengan rumah. Silibus yang ditawarkan juga nampak bagus. Masih berfikir-fikir. Apa pun sekolah rendah biasa telahpun berdaftar. Jadi tak ada masalah sekiranya nanti tak jadi hantar ke sekolah swasta berkenaan.
Banyak benda nak diuruskan nanti bila Echa sudah boleh keluar hospital. Urusan cuti separuh gaji kerana menjaga anak sakit juga belum selesai. Urusan persediaan persekolahan Khalis. Urusan Echa yang memerlukan penjagaan rapi setelah keluar nanti. Rawatan susulannya... dan urusan rutin yang lain. Allah! kalau difikir rasa x mampu nak buat sorang. Tapi x apalah. Buat satu persatu. Mana patut didahulukan, dahulukanlah.
Saat ini Kak Tam hanya pentingkan kesihatan Echa. Berharap sangat dia cepat sembuh. Hari-hari mengharap boleh discharge. Tapi sedih bila doktor kata masih belum pulih sepenuhnya untuk dibenarkan pulang. Bertabahlah mama.
Semoga Disember ini Allah berikan kekuatan kepada Kak Tam untuk menghadapi segala ujian dan dugaan dari Nya dan semoga dipermudahkan segala urusan Kak Tam sekeluarga.
Amin.
No comments:
Post a Comment