Teks: Rahimah Binti Omar
Assalamualaikum wbt.
Hari ini Kak Tam nak share sedikit info mengenai Left Parotid Abscess yang dialami oleh Echa sehingga menyebabkan dia ditahan di hospital dan dibedah bulan lalu. Kalau ada yang baca entry Kak Tam sebelum-sebelum ni, mungkin tahu la sket pasal Echa ni kan.
Bila dengar kena bedah, mesti rasa ini penyakit yang serius kan. Ok... teruskan membaca ^_^
Parotid Abscess ni sebenarnya bengkak pada salah satu kelenjar air liur atau spesifiknya parotid gland di mana ada nanah dalam bengkak tersebut. Ini disebabkan oleh infection. Kebiasaannya ia boleh terjadi dikalangan orang yang mempunyai mouth disease tapi boleh juga terjadi tanpa apa-apa sebab yang berkaitan mouth disease ni.
Sekali lalu parotid abscess ni nampak macam beguk. Bengkak dekat leher di sebelah bawah telinga. Asalnya Echa pun doktor diagnose beguk. Tetapi memandangkan bengkak x surut-surut walaupun antibiotik dah habis makan, malah makin bertambah bengkak dan merening. Mulalah episod rengekan tidak selesa dan sakit terutama di waktu malam.
Untuk makluman, beguk juga merupakan bengkak pada kelenjar air liur tetapi biasanya ia boleh dirawat dengan ubat sahaja tanpa perlu menjalani pembedahan. Beguk atau mump akan mengambil masa lebih kurang 10 - 12 hari untuk kebah.
Simptomnya lebih kurang sama dengan beguk - bengkak pada kelenjar air liur, rasa sakit dan semakin lama semakin besar bengkak serta merening kemerah-merahan. Bezanya dalam tu ada nanah. Antara petanda ada nanah - demam kuat/tinggi suhu.
Kaedah rawatan bagi parotid abscess ni tak lain adalah melalui pembedahan bagi tujuan mengeluarkan nanah yang menyebabkan bengkak tu tadi. Sepanjang rawatan memang perlu makan antibiotik.
Luka pembedahan tidak akan dijahit kerana pada luka tersebut akan diletakkan satu drainage atau saluran untuk keluarkan nanah/discharge yang masih bersaki baki kat dalam tu. Drainage tu hanya untuk sementara je. Bila dah clear, doktor akan tarik keluar. Boleh tahan panjang jugak drainage tu bila dah tarik keluar. Tapi x sempat nak amik gambar sebab Echa meraung masa doktor tarik benda tu.
Macam Echa haritu, sepatutnya tak perlu jahit sebab doktor kata luka boleh bercantum sendiri. Tapi memandangkan Echa punya kes special (perlu buat dressing under sedation hari-hari), maka luka tu memang kena jahit sebab dah terbuka agak besar.
Beguk biasa boleh berjangkit, begitu juga dengan bengkak parotid ni. Cuma sama ada ke tahap ada nanah atau tak. Bengkak ni juga boleh terjadi pada kedua-dua belah kelenjar (kiri dan kanan). Kak Tam hari tu pun berjangkit juga, Sebelah kiri, cuma tak la sampai demam teruk. Makan ubat demam dan minum banyak air, alhamdulillah ok. Ada orang kata makan benda yang masam sket untuk galakkan aiur liur keluar boleh membantu mengurangkan bengkak. Tak tau la membantu setakat mana petua ni. Tapi hari tu masa Kak Tam kena bengkak tu, Kak Tam makan juga asam-asam. Echa pun bengkak juga di sebelah kanan. Tapi bengkak biasa dan kebah cepat berbanding yang bernanah sebelah kiri tu.
Bagi sesiapa yang ada simptom-simptom beguk, perlulah monitor ye. Terutama kalau terjadi pada anak-anak. Kalau dah masuk seminggu tak surut bengkaknya, rujuklah ke pakar. Kesian sebab sampai tak boleh tidur dibuatnya terutama malam. Tak tahulah, mungkin malam lebih kuat denyut sakitnya kot. Echa hari tu memang malam la paling tak boleh tidur dan menangis. Masa di hospital hampir setiap malam masukkan ubat tahan sakit kat punggung tu untuk bagi dia relaks dan boleh tidur.
Maklumat kat atas ni berdasarkan pengalaman sendiri dan pemahaman Kak Tam daripada soalan-soalan yang Kak Tam tanya kat doktor. Dan juga berdasarkan bacaan dari sumber-sumber rujukan dalam internet. Jadi, mungkin ada yang betul dan mungkin juga ada yang kurang tepat. Kot la ada plak doktor yang komplain pasni kan. hehehe...^_^
Ok la. Semoga apa yang terjadi pada anak Kak Tam ni tak terjadi pada anak-anak Kak Tam yang lain dan juga pada anak-anak orang lain. Amin.

Bengkak sebelah kiri. |

Luka selepas dijahit. |

Selepas bedah, ada satu saluran yang diletakkan betul2 kat hujung luka tu. Tapi saluran tu agak panjang masuk ke dalam luka. |
Beguk biasa boleh berjangkit, begitu juga dengan bengkak parotid ni. Cuma sama ada ke tahap ada nanah atau tak. Bengkak ni juga boleh terjadi pada kedua-dua belah kelenjar (kiri dan kanan). Kak Tam hari tu pun berjangkit juga, Sebelah kiri, cuma tak la sampai demam teruk. Makan ubat demam dan minum banyak air, alhamdulillah ok. Ada orang kata makan benda yang masam sket untuk galakkan aiur liur keluar boleh membantu mengurangkan bengkak. Tak tau la membantu setakat mana petua ni. Tapi hari tu masa Kak Tam kena bengkak tu, Kak Tam makan juga asam-asam. Echa pun bengkak juga di sebelah kanan. Tapi bengkak biasa dan kebah cepat berbanding yang bernanah sebelah kiri tu.
Bagi sesiapa yang ada simptom-simptom beguk, perlulah monitor ye. Terutama kalau terjadi pada anak-anak. Kalau dah masuk seminggu tak surut bengkaknya, rujuklah ke pakar. Kesian sebab sampai tak boleh tidur dibuatnya terutama malam. Tak tahulah, mungkin malam lebih kuat denyut sakitnya kot. Echa hari tu memang malam la paling tak boleh tidur dan menangis. Masa di hospital hampir setiap malam masukkan ubat tahan sakit kat punggung tu untuk bagi dia relaks dan boleh tidur.
Maklumat kat atas ni berdasarkan pengalaman sendiri dan pemahaman Kak Tam daripada soalan-soalan yang Kak Tam tanya kat doktor. Dan juga berdasarkan bacaan dari sumber-sumber rujukan dalam internet. Jadi, mungkin ada yang betul dan mungkin juga ada yang kurang tepat. Kot la ada plak doktor yang komplain pasni kan. hehehe...^_^
Ok la. Semoga apa yang terjadi pada anak Kak Tam ni tak terjadi pada anak-anak Kak Tam yang lain dan juga pada anak-anak orang lain. Amin.
Assalamualaikum kak.
ReplyDeleteMcm mana keadaan echa selepas operation?
Anak sy pun mengalami bengkak di bhgn bawah telinga tu. Mcm sama je mcm kes anak akak.
Assalam kak....saya ada pertanyaan sikit...bp lama yer amik masa nk sembuh selepas operate? Sya pown bru lepas operate 07/06 ritu...operate sebelah kanan...
ReplyDelete