Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah.
Senang rasa hati ni bila last appointment minggu lepas, doktor kata Echa dah pulih sepenuhnya. Tak perlu lagi datang untuk rawatan susulan. Dan yang paling penting, lab report menunjukkan infection yang menyebabkan parotid abscess tu bukanlah disebabkan oleh kuman/bakteria yang merbahaya sehingga boleh menyebabkan kanser. Syukur sangat.
Echa pun dah trauma sebenarnya bila nampak je doktor. Belum apa-apa dah nangis. Tapi tangan tetap dihulur... standby nak kena cucuk...hehehe... Cian anak mama ni.
Sebelum operation. Tetap peace yo!! |
Progress penyembuhan Echa pun agak lambat. Ini kata doktor la. First admission 7 hari di mana pembedahan untuk membuang nanah dibuat pada hari 3 di hospital setelah buat CT Scan. Merasa la Mama naik ambulans bawa Echa buat CT Scan kat lab radiologi tu.
Sebelum tu demam Echa naik setiap beberapa jam 40 darjah celcius... terasa bahang. Mama stay alert. Everytime rasa panas je Mama call nurse untuk check suhu. Kata doktor itu petanda ada nanah di bengkak tu.
Beberapa minit sebelum ke OT. Peace jugak ^_^ |
Selepas operation |
Operation berjalan lancar. 4 hari mengadap Echa kena daily dressing ... meraung dia ... raungan dalam hati Mama lagi kuat dari raungan mu nak ...sob..sob...
Masa ni luka Echa masih x dijahit lagi. Sebab ada satu drain atau saluran yang diletakkan dihujung luka tu untuk alirkan apa-apa discharge atau nanah yang masih berbaki. Ngeri tengok nya... Papa memang x tengok dah... kang pengsan kata dia ^_^
Hari ke 7 dapat balik. Happy sangat. Berharap Echa terus sihat. Tapi masih perlu berulang ke hospital untuk buat daily dressing.
Hari ke 8, daily dressing xde menunjukkan apa-apa discharge yang pelik. Rasa lega sket. Tapi, hari ke 9, appointment dengan doktor... buka je balutan luka... jeng jeng jeng.... meleleh nanah segar, pekat dan likat ... macam cheese tu... Masya Allah....sebelum Echa meraung, Mama dah meraung siap-siap dalam hati...
Curi-curi snap gambar nanah meleleh tu... Ngeri.... Heheheh |
Kali ni doktor advise admit sekali lagi dan perlu buat daily dressing dengan bius supaya doktor boleh korek-korek dan tekan-tekan tempat luka tu untuk keluarkan nanah... ngeri... x boleh bayangkan... redha je la. yang penting Mama nak Echa sihat dengan cepat. Tak mau ada yang serius jadi kat Echa.
Admission kali ke 2 agak lama, 11 hari .... just to make sure everything ok sebelum doktor bagi balik rumah terus.
Hari-hari ... setiap pagi, Mama dukung Echa ke OT untuk buat dressing under sedation. Echa tak boleh dressing biasa. Kena buat separuh sedar. Sebab doktor perlu tekan, korek dan sebagainya untuk pastikan xde lagi nanah yang beranak pinak kat dalam kawasan yang bengkak tu. Kesian x boleh cakap lah.
Mama ni setiap hari jugalah tabahkan hati teman dan hantar Echa ke dalam OT tu. Sebenarnya hari-hari juga doktor yang rawat Echa fight untuk dapatkan tempat kat OT tu... mana tak nya, time cuti sekolah ni OT fully booked dengan budak-budak yang nak sunat. Beratur panjang... Lagi pun Echa punya kes tak boleh nak booking awal-awal pun. Kena tengok keadaan dia selepas setiap kali dressing. kalau ok, xperlu lagi masuk OT. Kalau x ok, kena masuk lagi.
Ni lepas dressing.. kelaparan sebab sebelum tu kena puasa 6 jam. |
Nyorok x mau makan ubat :) |
Setiap kali keluar dari OT, Mama selalu berharap doktor kata tak perlu lagi dressing sebab dah xde nanah... hmmm...semua tu hanyalah harapan kosong saje bila setiap kali keluar doktor kata "esok buat lagi ye".... sengih dalam sendu :(
Hinggalah hari ke 9 second admission, hati Mama berbunga ceria bila doktor keluar dari OT & kata esok boleh buat procedure untuk jahit luka sebab nanah dah clear... Syukurrrrr Alhamdulillah sangat-sangat.
Tak sabar sangat nak balik dah. Sebenarnya masa ni doktor dah bagi home leave dah. Tapi x puas selagi x dapat tidur kat rumah bersama anak-anak yang lain.
Hari ke 10, buat minor operation untuk jahit luka Echa. Hari ke 11, doktor kata boleh discharge dah. Syukur Alhamdulillah sekali lagi.
Special poss lepas minor operation untuk jahit luka. |
Ni lepas jahit. |
18 hari Mama teman dan jaga Echa kat hospital. Ward tu dah macam rumah dah. Makan, minum, tidur, mandi, basuh baju, sidai baju... cuma x boleh masak je kat situ ^_^ Cuti separuh gaji sebulan yang Mama dapat hanya berbaki 12 hari saje lagi. Terasa cepat masa berlalu. Risau juga kalau-kalau Echa masih tak sembuh sepenuhnya dalam tempoh baki cuti Mama ni. Mana Mama nak korek cuti lagi ;p
Seminggu selepas discharge, Mama bawa Echa ke hospital untuk buka jahitan. Alhamdulillah. Luka Echa semakin ok. Dan last appointment, syukur xde apa-apa yang serius.
Pengalaman menjaga anak sakit memang mencabar, terutama dari segi emosi. Kena banyak bersabar. Banyakkan berdoa dan tawakkal. Letih tak usah ceritalah. Malam banyak berjaga. Tidur x cukup. Mama cuba sedaya upaya untuk kekal optimis. Bukannya hari-hari ada orang datang melawat kat hospital dan memberi kata-kata semangat kat kita. Jadi, kena pandai-pandailah untuk stay calm and optimist. Demi anak yang tersayang.
Harap-harap lepas ni takde lagilah anak-anak Mama yang sakit macam ni. Semoga semuanya sihat dan ceria lah hendaknya.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment