Teks: Rahimah Binti Omar
Musim batuk dan selsema telah bermula...dan akhirnya demam juga akan bertandang... Time ni lah saya akan menjadi orang yang paling sibuk mengurus anak-anak dan yang paling kerap mengambil cuti kerana menjaga anak-anak yang tidak sihat.
Bermula dengan diri sendiri yang demam dan batuk, anak-anak juga turut terkena jangkitan. Eicha, kemudian Yaya, kemudian Iman dan patah balik ke Eicha semula. Alhamdulillah Abang Khalis hanya batuk-batuk sedikit saja. Yang tiga beradik ni package. Batuk, selsema dan demam. On off pula tu. Mana tidaknya, baru nak baik dah berjangkit dengan orang lain pula. Mama sendiri pun dah 2 minggu tak baik batuk.
Percutian untuk Family Day ujung minggu yang lalu menjadi tidak seronok kerana anak-anak tidak sihat. Hasilnya Papa dan Mama memang tidak dapat menyertai apa-apa game pun kerana dok sibuk mendukung Yaya dan Eicha. Pasrah sahaja lah.
Harap-harap percutian ke Kedah bulan Mac nanti anak-anak akan sihat. Kalau tidak jenuh la Mama dan Papa nak melayan anak-anaknya yang manja ni.
Apa pun, Mama doakan semoga anak-anak mama sihat dan ceria selalu. Cepatlah sembuh wahai anak-anakku. Kasihan lah dekat mama ni..hehehe....
Syafakallahu khaira.....
No comments:
Post a Comment