Teks: Rahimah Binti Omar
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai tips atau cara-cara bercakap dengan lelaki. Tips ini saya extract dari video ceramah motivasi yang saya peroleh dari facebook. Sangat berguna untuk dipraktikkan apabila bercakap dengan suami, anak lelaki, pelajar lelaki, pekerja lelaki dan lain-lain yang berkaitan dengan lelaki.
Analogi yang digunakan adalah kotak. Lelaki dikatakan boleh memegang satu kotak dalam satu masa. Maknanya lelaki boleh menerima 1 arahan sahaja dalam satu masa. Seorang lelaki tidak akan mengingati apa kelemahannya, tetapi hanya mengingati apa kelebihan dan kekuatannya. Justeru, wanita/isteri/ ibu/ guru perempuan, bos perempuan perlu tahu bagaimana cara untuk bercakap dengan kaum lelaki ini.
Tips #1: Beri arahan satu persatu dengan jelas. Jangan bagi arahan yang mengandungi 2 atau 3 perbuatan yang perlu dilakukan secara serentak.
Sebagai contoh, apabila bercakap dengan anak lelaki: "Abang, barang-barang jangan sepah. Kasut letak kat atas rak, stokin masuk bakul, beg letak dalam bilik."
Hasilnya, hanya kasut yang terletak di atas rak manakala beg dan stoking terbiar di depan pintu atau di ruang tamu.
Biasakan memberi arahan satu persatu apabila bercakap dengan lelaki termasuk suami sendiri. Apabila selesai satu perkara yang diarahkan, barulah berpindah ke arahan yang seterusnya.
Tengok contoh askar, arahan yang diberikan ketika berkawad adalah jelas dan satu persatu.
Tips #2: Jika bertanya, sediakan jawapan objektif untuk dipilih. Lelaki tidak boleh menerima soalan yang jawapan berbentuk subjektif.
Sebagai contoh, apabila bertanya dengan suami: "Abang nak makan apa malam ni?". Hasilnya, suami akan ternganga atau terdiam kerana tiada jawapan dan tak boleh nak fikir apa jawapannya yang tepat. Paling bagus sekiranya ada jawapan "masak je la apa-apa pun" . =)
Jadi, kaedah yang terbaik apabila bertanya kepada lelaki adalah dengan menyediakan jawapan berbentuk objektif sekali. Sebagai contoh: "Abang nak makan tom yam ke nak makan tempoyak malam ni?". Pasti anda akan dapat jawapannya.
Permintaan atau suruhan juga boleh disertakan dengan pilihan objektif . Contohnya:"Abang pergi pasar malam belikan laksa. Kalau takde belikan saya mee goreng."
Pilihan/jawapan objektif memudahkan lelaki untuk membuat pilihan. Ini kerana lelaki dikatakan tidak suka fikir benda yang remeh temeh seperti ini. Katanya la kan...
Tips #3: Tempoh peralihan untuk menerima satu arahan ke satu arahan adalah 10 minit.
Sebagai contoh, sekiranya hari hujan dan suami sedang menonton TV. Apabila isteri menjerit meminta tolong mengangkat jemuran di ampaian, tindakannya sangat lambat. Macam malas ada, macam tak nak buat pun ada. Tetapi hakikatnya lelaki dikatakan hanya boleh switch kepada arahan lain iaitu daripada menonton tv kepada bangun untuk mengangkat kain dalam tempoh 10 minit. Sekiranya buat seklaipun, lelaki itu buat dalam keadaan stress.
Jadi, isteri atau ibu perlu bertindak proaktif di mana apabila hari mendung, terus sahaja memberi arahan untuk mengangkat jemuran sebelum hari hujan.
Macam mana? Ada betulnya tak? Kalau nak tahu, penceramah adalah lelaki tau. Saya rasa apa yang disampaikan telahpun dikaji dengan sebaik mungkin.
Jika difikirkan, ada juga betulnya kan. Untuk para ibu dan isteri, bolehlah praktikkan ketika bercakap dengan suami atau anak-anak. Kita pun tak nak stress kan sekiranya arahan/ permintaan yang kita sampaikan tidak dilaksanakan dengan baik.
Jom kita amalkan!
TQ.
No comments:
Post a Comment